A homepage subtitle here And an awesome description here!

Saturday 29 March 2014

(✿◕‿◕) Ketabahan dan Keikhlasan (✿◕‿◕)

 ܓ*..بسم الله الرحمن الرحيم..*ܓ




Genggam erat tanganmu sekuat-kuatnya. Lepaskan segalanya dalam genggaman dan lontarkan ia jauh supaya dibawa arus angin. Ketenangan jiwa pasti akan dirasai.

"Ya Allah, berikan aku ketabahan yang kuat. Jiwa yang kental, tak goyah dalam menempuh segala halangan  dan dugaan yang engkau berikan kepadaku. Disetiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Hanya engkaulah yang mengetahui segalanya disetiap perancanga. Aku hanya berserah kepadamu di setiap takdir yang engkau tentukan buatku. Ya Allah, berikan aku semangat untuk terus berjuang kejalanmu dengan penuh keikhlasan keranamu. Usahlah tanam sifat-sifat yang keji dan sifat-sifat yang dilarang olehmu di dalam diriku ini.

Disebalik kehidupan terselit bermacam-macam dugaan yang tanpa diduga. Kadangkala kita mengeluh dan kadangkala kita berputus asa. Dan disebalik dugaan tersebut terselit maksud yang penuh makna dan hasrat yang terserat untuk menjadikan kita lebih DEWASA. Dengan dugaan tersebut, kita akan lebih matang dalam penyelesaikan segala masalah dan onak duri kehidupan.



~ Eh, barang kat dapur habislah. kita nak makan ape hari ini. Jom kita keluar nak?

: Takpelah, hang pergi lah makan dengan kawan-kawan lain . Aku kenyang lagilah.

#Walhal perut aku tersangat lapar sangat waktu itu. aku tak tahan tapi aku kena tahan juga. Aku mana ada duit untuk keluar pergi beli makanan semua itu.



Lapar macam manapun , die terpaksa menahan segalanya . Sedangkan diluar sana lebih ramai yang berhari-hari menahan kelaparan. Ada badan yang kurus kering , hanya nampak rangka tulang sahaja. Terpaksa mengikat perut dengan kain untuk menahan kelaparan. Sebutir nasi mereka sanggup mengutipnya dan memakannya walaupun kotor. Bagi mereka itu rezeki yang tak patut dibazirkan.



Pernahkah awak merasakan, sayangnya ingin membazir makanan walaupun sebutir nasi. Selalunya sayangnya akan nampak pada ketika di kedai makan kerna kita melihat nilai suatu makanan itu. Alangkah membazirnya klau kita tidak menghabisnya. Mereka menangis merayu untuk awak memakannya dan mengapa kamu biarkan begitu. Tahukah kamu MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN. Syaitan akan melonjak-lonjak keriangan apabila awak mengikut rentaknya. Maka, HENTIKAN !!!!



~Ambil nasi , ikan keli pedas, sedikit sambal dan sedikit kangkung goreng. Akaq, berapa semua ini?

: "Mak ai, penuh satu polistren. Ini nak makan ke, nak melantak adiq oii." Tersenyum manis menampak gigi yang bersih berseri. "Semuanya 4.30 adiq"

Makan, makan dan makan. Alamak tak habis lah pulak. Inilah suka sangat tamak" hati terasa kesal.

Sahabat ternampak rakan disebelahnya, terasa pelik. Secubit-secubit disuapkan ke mulut.

"Ai kawan, awatnya nih?

"Aku taklarat pulak nak habiskan semua ini lahh" tunjuk muka seposen, macam nak mintak sepak gaya ke.

"Lah ini punya pasainya. Ingat nak mintak sepak. Hahaha gurau gurau. Bak sinilah aku habiskan. Membazir tahu.

"Nah ambiklah. Alhamdulilah tak menangis nasiku ini.

Walaupun nasi pengiraannya ambil banyak mana pun tetap sama nilai RM1. Ingin satu tong nasi pun boleh. Ai, botaklah tuan kedai* Usah membazir . Jangan sesekali membazir. Ambil lah sebanyak yang boleh kita habiskan. Haa, kalau sahabat tak habiskan makanan tadi. Sapa yang akan jawab di akhirat nanti? Renung-renungkan lah :)

____________________________________________________________________________


~ Awak, saya tengok awak sentiasa tersenyum. Sentiasa ceria, awak tak pernah rasa sedih ke?

Awakk, perasaan sedih itu semua tak kan kite nak menunjuk-nunjuk. Biarlah Allah yang mengetahui hati saya ini sakit atau bahagia. Biarkan Allah sahaja yang tahu. Tersenyum tidak bermakna dia tidak mengalami sebarang masalah. Dia hanya tidak mahu orang lain tahu sahaja. Hanya diluahkan kepada Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Hanya kepadamu aku berserah Ya Allah." menitis air mata sahabat

" Awakk, saya mintak maaf jika soalan saya ini menyakitimu.

"Tidakmengapalah. Malah saya bersyukur mempunyai sahabat seperti kamu yang turut merasai dalaman hatiku ini. Terima kasih sahabat." memandang sambil tersenyum ceria.

Sejak dari itulah mereka menjadi sahabat sejati kerana Allah. Kentalkan semangatmu wahai sahabat.

"Aku sayangkan engkau sahabat kerana Allah hingga ke Jannah"

Baru ku mengetahui dari kata-kata ustaz. Sayangkan sahabat bukan dari kata-kata. Ia dari PERBUATAN dan hati yang ikhlas-seikhlasnya kerna Allah. Ingin menampakkan keikhlasan memang susah. Jika begitu ikutkan kebaikan mengikut kata hati jiwa mu. Moga diberi petunjuk Allah.

Ungkapan juga memang amat memerlukan tetapi tidak perlulah begitu sekali kerana takut-takut apa yang kita luahkan berubah dan tidak sama apa yang kita niatkan sebelumnya. Sebaiknya simpan di dalam hati. Biarlah dia mengetahui melalui perbuatan sayang kita. InsyaAllah

Sakit-sakit memang sakit apabila kita tidak diperdulikan. Dibiarkan kita terkontang kanting menguruskan kehidupan sedangkan dia tahu masalah yang menimpa. Tolonglah aku sahabat, rasailah apa yang aku sedang rasai sekarang ini. Aku amat sekali memerlukanmu. "rintihan jiwa.


Sabarlah sabarlah duhai hati sahabat.

Thing positif. Positive thinking will let you do everthing better than negatif thinking will

___________________________________________________________________________



Jangan sedih bila Allah bagi apa yang kita minta. Kadang-kadang Allah tak bagi kerana Allah tahu kita tak layak dengan apa yang kita minta. Tapi bukan Allah tak bagi terus. Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita.
Semua perkara yang berlaku dulu ada hikmahnya, tak kira la ia berkenaan apa sekali pun. Yakinlah bahawa Allah akan beri sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita impikan dulu.

Pegang dadamu dan ucaplah Mafi qalbighairullah. Berikan aku kekuatan kekuatan kekuatan untuk bangkit !!!! 

Dikaitkan cerita super herO. cicak man, spiderman, superwoman. Andaikan superman kepada seorang lelaki dan superwoman kepada perempuan. Kekuatan dia memang hebat tapi jika dilihat. Mereka akan kalah pada permulaan dan akan menang pada akhirnya. Disebabkan kerna apa??? Mengapa mereka menang, kan sudah kalah. Sebabnya kerana mereka BERUSAHA. Begitu jugalah dengan kita. Kejayaan akan berada di pihak kita jika kita ada usaha. Janganlah usaha sekerat sahaja. 

Permulaan semester
Habis sahaja kelas nie. Aku nak buat nota dengan nota keesokkannya. Semangat-semangat

Akhir semester
Weyh, aku tak bersedia lagi nak exam. Banyaknya topik yang belom baca lagi. Serabut serabut

Mengapa harusnya jadi begini? Kebiasaannya pada awalan sahaja semangat perjuangan kental. Semakin hari dan semakin hari semangat mulai gendur. Barulah nak kelam kabut mencari ini dan ini. Pastu macam-macam kes lah mulai tumbuh. Berkembang macam bunga yang baru mekar. Kes histeria itu lah ini lah. Disebabkan datangnya benda itu kerna ketension atau Stress. >_< 
Bacalah Al-Quran setiap hari. Jangan ditinggalkan Al-Quran. Sayangnya tinggal Al-Quran walau sehari. Apabila kamu membaca Al-Quran, sesuatu akan kamu rasai dan kamu akan berasa ketenangan. InsyaAllah 

~Ini barang baru beli maa. Masih baru tahu. Tengok siap berkilat-kilat lagi. Cantik berserikan" menunjukkan laptop baru yang dibeli petang tadi.

"Wah, sayang giler hang dengan laptop ini. Setiap kali pakai mesti hanglap dulukan. Dengan plastik tak bukak lagi. Lepas pakai ja terus simpan balik.
"Mestilah. sayang tahu

3bulan kemudiannya
"Weyh, mana laptop hang"
Tuuu, ada kat bawah katil tu haaa" sambil menunjuk dengan memuncungkan bibir kearah laptop
Dahsyat hang, dulu bukan kemain. Sekarang dengan berhabuk lagi. Makanan pon pkai sumbat ja dalam laptop apa kes." gelak besar.
"biaselah barulah rocK' hahaha

Sayang bagaimanapun kita padanya ia mudah reput jika tiada semangat jiwa yang kental. Tanamkan dalam diri sayangilah pemberian yang dikurniakan oleh Allah. Sentiasa bersyukur dan hargailahnya walaubagimanapun keadaan, semoga ditemui kebahagiaan.

ada kalanya, kita sampai di sati titik dimana kita harus PASRAH, DIAM , IKHLAS dan TAK MEMIKIRKANNYA lagi

~sayangnya laptop ini tapi nak buat macam mana. Sayang macam manapun laptop ini akan rosak jugak jika diizinkan oleh Allah. Macam manapun sayang kita pada seseorang itu. Tetap tidak akan bersama jika tidak diizinkan oleh Allah. Sentiasalah berdoa kepada Allah. Semoga diberi semangat dan ketabahan dalam jiwa.

Awakk, usahlah bersedih disebabkan lelaki. Setitik air mata kamu jatuh, lelaki itu akan menanggung dosa di akhirat kelak. Akan dipersoalkan? Awak, lapkan airmatamu. Kalau kamu betul-betul tak kuat. Malam ini pergi buat solat istigharah. Solat istghrah itu bukan hanya untuk mendapatkan jodoh sahaja. Ia boleh dijadikan solat untuk mendapatkan petunjuk daripada Allah. Semoga dari situ kamu akan mendapat petujuk dariNya. InsyaAllah. Saya sentiasa doakan buat kamu sweetheart kerna aku pernah merasainya sebagaimana kamu merasai sekarang ini ~smile always

__________________________________________________________________________________

SEMANGAT INGIN BERUBAH, BERUBAH, BERUBAH
PERLUKAN KEKUATAN DIRI
SEMANGAT JIWA YANG KUAT



 Penghijrahan baru sahaja bermula di duga bermacam-mcam dugaan. 
Tidak mengetahui yang mana satu betoi atau yang mana satu salah.
Semoga Allah memberi petunjuk ke arah jalan yang benar*
AMAT MEMERLUKAN SOKONGAN DAN DORONGAN DARI SAHABAT
NASIHAT AMAT DIALU-ALUKAN

Sekian dari blogger muslimah
celoteh eina :)