A homepage subtitle here And an awesome description here!

Saturday 23 November 2013

(✿◕‿◕) Kerana Seorang SahaBat (✿◕‿◕)


ܓ*..بسم الله الرحمن الرحيم..*ܓ



OuhkeH , hari ini aku nak buka cerite pasai sahabat, kawan atau dipanggil 'bestie'
Ape tu?? aku bru tahu tahun lepas bestie memberi makne sahabat juga rupenye =.=' hmm 
itu pown sebab aku ade seorang kawan yang selalu tolong aku time susah, senang. dan mnyuarekan aku lha bistie die. Terharu giler waktu tu =') 

APA ITU SAHABAT

> Eh, sahabat tu susah nak cari ke senang erh ?
Geno mu niy, susah bendenye. Senang kacang je. Petik jari ade je dah dapat.

> iyeelha. tpi tak bermakna itu kawan/sahabat sejati kawan. Renung-renungkan balik. Imbas kembali* heh. Kite memeng boleh berkawan dengan semue orang tapi tak semue itu boleh dibuat KAWAN SUSAH dan SENANG. kan ! untuk mendapat seorang kawan sejati memang susah kawan. Justeru itu, kite MESTI MENJADI KAWAN yang BAIK terlebih dahulu. =')

" Para pahlawan mukmin sejati tidak akan membuang energi mereka untuk memikirkan seperti apa ia akan ditempatkan dalam sejarah manusia. Yang mereka pikirkan adalah bagaimana mereka meraih posisi paling terhormat di sisi Allah s.w.t. Itulah sejarah yang sebenarnya. Ridha Allah dan tempat yang terhormat di sisi-Nya. Itulah cita-cita sejati para pahlawan mukmin. Itulah ambisi yang sebenarnya, ambisi yang disyariatkan"
-Anis Matta (Presiden PKS)-

Begitu juga dengan persahabatan. Bila berbicara mengenai SAHABAT, hati ini akan sebak, tak tahu kenape. Mungkin susah penat mencari seorang sahabat yang bersama-sama ketika suka dan duka.. =')

Dalam mencari SAHABAT, ibarat kita 'mencari permata dalam timbunan kaca'. Dalam mencari permata, pasti kita akan terluka dek kaca tapi akhirnya kita akan temui permata yang bersinar yang bakal menyinari hari-hari yang bakal ditempuhi bersama suatu saat nanti. 

Tidak dinafikan diri ini juga pernah dikecewakan oleh insan yang bergelar SAHABAT. Tapi apakan daya, sudah catuan perjalanan kehidupan sebegitu. Terima seadanya dan bertawakalah. Allah ingin menguji. 
'Setiap yang berlaku dalam kehidupan, mesti BERSEBAB dan terselit HIKMAHnya. Jangan pernah berputus asa. 

> alaaaaa. kau tak kena, senang la kau cakap.
Tak, diri ini juga pernah merasainya. 

Ingatlah :
_________________________________________________________________________________

♥ Carilah Seorang SAHABAT dengan MATA HATI..
♥ Jadilah SAHABAT yang TERBAIK SEBELUM kita mendapat sahabat / kawan yang terbaik juga..
♥ Sentiasa berlaku JUJUR DALAM PERSAHABATAN. Tanpa memikirkan darjat, status, harta benda..
♥ IKHLASkan HATI dalam BERSAHABAT..
♥ Sentiasa senangkan hati, BUAT MEREKA TERSENYUM..
♥ Walaupun KADANG KALA HATI ini TERASA dengan mereka , ketahuilah bahawa LUBUK HATI ini SAYANG akan mereka..
♥ Dan SENTIASA menDOAkan kebaikan dan kesejahteraan SAHABAT. 
_________________________________________________________________________________

Berfikir sejenak. Kadang-kadang semakin kita mencari sahabat sejati, semakin Allah uji. Kan?
Kadang-kadang terasa PENAT dengan pencarian tersebut. 

> huh, penatnye. yang mane satu kawan yang terbaek untuk aku ini
Munasabah kembali, check balik niat itu. Adakah selama ini kita bersahabat kerana inginkan HATI dia atau kita inginkan REDHA ALLAH? AllahuRabbi, mohon dijauhkanniat tak elok

Pesanlah terhadap diri sendiri :

Jangan terlalu mencari sahabat yang sempurna kerana manusia itu tidak ada yang sempurna. Nobody perfect oke !!! Memang setiap orang menginginkan sahabat sejati. Tapi tidak semua akan berjaya memperolehinya.
' Sahabat sejati itu umpama rama-rama. Semakin kita mengejarnya semakin jauh ia meninggalkan kita. Namun, apabila kita biarkan rama-rama itu terbang bebas ke mana jua pun. Siapa tahu suatu saat andai ia telah melihat rencah dunia, ia akan mengibarkan sayapnya ke arah kita. Berlindung kepada kita daripada hujan dan panas. dan melampiaskan keresahannya tentang perjalanan jauhnya. Dalam suatu pertemuan yang tak disangka-sangkakan. Mungkin saja, bagi kita rama-rama yang kita kejar itu adalah segalanya. Namun mungkin saja dia juga bukanlah rama-rama yang diperuntukkan Allah untuk kita. Dan mungkin saja, rama-rama liar yang berkeliaran di luar sana adalah takdir yang diciptakan untuk kita. Siapa tahu? ' =')



> Eh, takkan korang tidak dapat merase sahabat korang yang mane kOt.

Siapa SAHABAT? KIte akan thu dengan mata kita sendiri yang sentiasa bersama kita. Tapi hati ini sentiasa berfikir, adakah diri ini seorang sahabat yang baik atau tidak. Insya Allah. Diri ini akan sentiasa mencuba menjadi sahabat yang baik untuk sahabat-sahabat yang lain. Diri ini sentiasa takut akan kehilangan mereka sehingga terlalu berfikir dan menangis. Tapi andai sudah tertulis suatu hari nanti, berharap diri ini tak akan melupakan mereka semua. =')

" Ya Allah, perihalalah ukhuwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat. Di jalan Allah, Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu. Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia, kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhuwah itu, pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang, Semuanya kerana Allah, Sungguh Bukan kerana selain daripada-Nya " 
amin amin ya rabbal allamin. 

imbas kembali . Yeaaa

Maaf gambar tiade.
SK Batu 4 & SMK BAtu 4, Gerik = darjah 2 - Form 3 (PMR) ;-)
Geng rock : Nur Afiqah Kassim , Sri Raihan Aajin Mohd Ramli , Siti Farah Illyana , Illma Laili Yasmin Tarmizi , Nurul Azrizal Mohd Basri , Nurul Amira Zulkifli , Khairunnisa Hariri ,  Nur Hazwani , Nur Syazwani , Nur Hadirah, Ain Izzati Liyana, Nur Anisah , Nur Aqilah

SMVKuala Kangsar Tetap Dihati = Form 4 - Form 5 (SPM) Pengurusan Peniagaan PPN =D
Nurul Amira Liyana , Siti Feiruz Munirah , Khairunnisa , Nur Sabrina Supian , Zawana Halim , Annis Syahidah , Liyana Natasya , Norehan , Nor Irnayati , Emilia,  Syafiq ,  Faizal (Pejai) , Aiman , Arif (Vior) , Ariff dan ramai lagi =D

tidak lupe jgak warga PSAS sekarang ini ^^ dan awak awak yang tengah golek-golek bace nie. Thanks kawan.



> kalau nak bersahabat dengan lain jantina. Boleh dok ?
Eh, pasai panye takboleh. Boleh aje tapii..... 
Bersahabat kerana niat. Dan batas pergaulan WAJIB dijaga.

> dia sudah lupakan kite ='( dahulu punyelah mesra dengan saya tapi sejak ade 'someone' hubungan kiteorang tidak semesra dulu . 

Mesti ade sebab-sebab tertentu. Bff aku pernah berpesan "Eina, think positive okey" Mungkin die busy ke, kerja banyak belum diselesaikan ke. Kite manelah tahu dia ada masalah yang belum diselesaikan ke. Kite  tahu nak menunding kesalahan orang lain tanpa usul periksa atau bertanya. Apakah? Ini yang dinamakan sahabat. Check balik kawan. 

atau kalau benar die memang ade someone. Perasaan dia tak kan kite nak paksa. Dan tidak semestinya die akan lupakan kite. Ye lha, nak ngOrat sOmeone bukan senang kawan. Ye dOkk
> Wey, kau sombong nnoh sekarang =P
> Aceceh, mane ade ak sombong lha wey. Ak try nak tackle awek niy. 
> Owh ye ke, nak ak tolong ajarkan ke. Ak power bab2 mcm niy
> Eh. mesti lah nak.

> Wey, kau sombong nohh sekarang =P
> Sory lha, ak buzy memnjang je. Sejak masuk sini. Banyak bende yang belom sttlekan
> Owh ye ke. alololo Cian kau. *dalam hati doakan die*

Erk, ape aku dah merepek da sekarang. haha Persahabatan memerlukan sebuah kejujuran . Tanpa kejujuran runtuhlah erti sahabat itu. =') Percayalah hubungan tidak akan mudah terputus begitu sahaja tanpa tolak ansur kedua-dua belah pihak. dan BERGADUH jugak lah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim lagi. Dengan bergaduh kite dapat mengenal sahabat kite macam mane. Kan? =') Renung sebentar bersama coklat Daim. heh'

Perbezaan GF/BF dengan SAHABAT

GF?BF : awak, saya sakitlah sekarang niy. Ya Allah, sakitnya ='(
GF/BF : owh Yeke? Habis tu macam mne ni? awak rehatlah oke atau pergi hospital je. Ade ape-ape kol tau.

SAHABAT
BF : Bro, aku amergncy sekarang. Sakit giler doo.
BFF : Asal bro? Aku gerak kat rumah kau sekarang. 

Lihat dengan mata hati awak sendiri. GF/BF atau SAHABAT . Mane lagi penting ???
tengokk sape yang akan tolong kita. Saat susah dan senang "SAHABAT YANG SEJATI", jage die mOlek-molek. Jage hati dan perasaan diey sebaik-baiknya kerana insya Allah die turut menjaga hati kita juga =')
Meh kite bace nie ha CIRI-CIRI SEORANG SAHABAT SEJATI dari sebuah blog teman saya :)

singgah sebentar bersama 'PERASAAN INGIN TAHU' heh

http://faziljiwakacau.blogspot.com/2013/01/7-perkara-kawan-sejati.html


Kadang-kadang kita tidak sedar, dengan hanya sepotong ayat boleh membuat seseorang terluka sepanjang hayat.. JAGA PERKATAAN KITA, AWASI LIDAH KITA !!!

Dengki kerana kawan, ape itu ?? . NAuzubillah. Mohon dijauhkan. 

Perasaan itu biasa lah yang dilema sebagai seorang sahabat. Aku pown turut pernah merasainya. Sebab ape ? macam-macam sebab. Antaranya sebab kerana kejayaan dia. =') Apa-ap pown melihat sahabat bahagia itu lebih baek lagi. Comey je die tersenyum. Insya Allah kita akan menjadi sepertinya suatu saat nanti. =') DOA + USAHA = TANGGA KEJAYAAN. Jangan mudah berputus asa ouHkeh.dan perlu diingatkan 'janganlha dengki sampai berniat melakukan perkara jahat tu. Salah tu. \Semoga perasaan iri hati kite tidak terjerumus dalam kemungkaranNya. ameen. 

Tada. LAGI MENARIK. Satu lagi blog islamik sahabat saya. Singgah sebentar ye. Senyum SokmO. =D


Thursday 14 November 2013

(✿◕‿◕)JOM PRAKTIKAN (✿◕‿◕)

ܓ*..بسم الله الرحمن الرحيم..*ܓ

-------------------------> Assalamualaikum <------------------------

Mari kite belajar sikit bahasa syurga. Walau tak sepenuhnya, sebahagian pun lebih baik daripada tidak tahu langsung kan?

1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .  
4. Zauj - suami .  
5. Zaujah - isteri  
6. Assif jiiddan - i'm really sorry  
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama  
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah  
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah  
12. Lau samahta - excuse me  
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi  
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)  
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
 17. taffadhol - silakan  
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah  
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
 21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu  
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?  
24. fahimna - kami telah faham


25. sobahalkhair - selamat pagi  
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan  
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu  
30. masa ul khair - selamat petang  
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam  
32. Na'am - Ya 
33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?  
35. sannah helwah - happy birthday  
36. ana aidon - saya juga  
37. Maas salamah - Selamat tinggal  
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu  
42. Dai'e - pendakwah  
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami  
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami  
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami
p/s: Wallahualam..kalau salah,sila betulkan.=')


Menuntut ilmu adalah TAQWA, Menyampaikan ilmu adalah IBADAH, Mengulang-ulang ilmu adalah ZIKIR, Mencari ilmu adalah JIHAD 
=Imam Al-Ghazali=


Sekian =)

(✿◕‿◕) Kerna Tudung Labuh (✿◕‿◕)

ܓ*..بسم الله الرحمن الرحيم..*ܓ

-------------------> Assalamualaikum <------------------

Kali nie saya nak bercerita tentang tudung labuh nie haa. 
'Tudung Labuh' tidak TERTUMPU kepada aliran agama sahaja.. Sesiapa boleh memakainya kan. (=



“Awak ambik kos pendidikan Islam kan...??”

         “Tak…”


“Habis tu??? Aaaa...mesti ambil kos bahasa arab kan…”

         “Tak juga, saya program sains lah…”


“Saya ingatkan ustazah tadi…”


Hmm... Soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mere yang bertudung labuh. Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama....

Haishh... Saya pakai bertudung labuh sebab saya seorang muslimah!!!
iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh.. Tapi tak salahkan saya memakai tudung labuh..

Sebagai firmanNya :

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi..

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…


“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…

Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

[“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”]

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.


“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya..?”


“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki..kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iya walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehlah kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaALLAH.

Sekian (^_^)





Friday 8 November 2013

(✿◕‿◕) Akuu (✿◕‿◕)

Mulakan dengan bismillahhirahmanirrahim 
-----------> Assalamualaikum <----------

tadaaa... ini blog ak. wah, tak sangka ak ade blog sebegini rupe. TERIME KASIH TAU AYA. kau lha sahabat sejati gue.. muahh muah muahhh. haha ( terOver lha pulak =.=' hehe )  

OuHkeH, name sy Amanina. korang korang korang. bole panggil ina :) ak nak bt blog niy SEBAB............ ye lha bole lha ak cite serba sikit psai KEHIDUPAN yg  penuh dgn cabaran niy. Memey betoii. kehidupan ini penuh dgn cabaran.
"Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagian sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya kita lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan."
 Insya Allah kite dpt tempuhinye dengan sentiase mengingati pdaNya. Yang penting sentiase berdoa. Berdoa pulak kena lha ikhlas. Dan niat kena betoii-betoii kerana ALLAH swt. Ingat tuuu !!

Setiap amal yang kite lakukan hendaklah mempunyai niat kerana ALLAH s.w.t. Dari pagi ke malam(sewaktu kite hendak tidur) . Dengan itu kite akan mendapat pahala dan harian yang kite lakukan mendapat keberkatan dariNya. =)


_______________________________________________________________________________

HIDUP perlu ILMU, MATI perlu ILMU, ILMU untuk KAYA, ILMU untuk AMAL 
*YM Prof. Dato' Dr Tengku Fezzyazli

Kita tidak akan dapat lari dari masalah kehidupan. Yang boleh kite lakukan, hadapi lah dengan tenang. Setiap cabaran yang datang, atasinya dengan KEBIJAKSANAAN dan KEIMANAN =')


nanti-nanti lha kite sambung lagi. Sudah ketandusan idea niy. hehe Tata ~AM