A homepage subtitle here And an awesome description here!

Thursday 12 May 2016

SEGMEN : GIVE ME YOUR URL BLOG 1 By Najwa Zahid

Assalamualaiku
Hai, lama rasanya tak join segmen. 
Malam ini tergerak hati balik untuk merajinkan diri.

Korang pun join lah tau :)
Eina Join Segmen Najwa Zahid 
Follower yang ke 247

http://najwazahid94.blogspot.my/2016/05/segmen-give-me-your-url-blog-1-by-najwa.html
Klik Banner untuk join 
Syaratnya simple je. 
Follow blog The Putra Diverse 
-  Like FB Page The Putra Diverse
- Tinggalkan link blog anda di ruangan komen

SEGMEN: 4 Mei 2016 - 12 Mei 2016

SEMOGA BERJAYA !


Bosan

Assalamuaikum. Hai guys. Sihat ? 



Alhamdulilah sejak aku menerima gelaran bekas student , aku banyak menghabiskan masa di rumah. Oh tidak, pipi aku semakin bulat serupa bola sepak. Mana tak nya, dekat rumahlah yang banyak makan. Macam-macam boleh makan kan. Takde paksaan dan suka suki je boleh makan. 

Dulu time jadi student memang taklah nak makan macam ini. Save money ! Beli ayam yang dalam paket . Boleh dapat 15 ketul ayam rasanya ke lebih. Aku tak tengok pula berapa ketul. Goreng dan makan je bila time lapar. Jenama 'Ayam Emas' selalu aku beli sebab murah dan pedas. Actually aku keturunan yang suka makan pedas. Tak dinafikan -,- 


 Biarlah aku meremput sahaja di rumah, menanam pucuk-pucuk anggur untuk di makan. Hihi Biarpun macam tu, aku dapat jugak membantu ibu memasak tengahari dan kemas rumah. Sekarang ni kan nak dekat raya. Ibu meringkup jelah dalam bilik siapkan baju raya. Beruntung aku dapat ibu yang pandai menjahit takdelah nak tempah baju diluar sana. Mesti mahal kan. huhu Bilalah aku nak jadi macam ibu yang pandai menjahit. Teringin jugak weyh T_T Tapi aku tak tahu mengapa, jarum mesti tak suka dengan aku. Tiap kali aku nak mulakan langkah, jahitan itu mesti bertindak kejam dengan aku. Mencucuk jari aku yang manis ini. Kau pikir tak sakit -,-



#Sudah sebulan aku bergelaran ex-student. Rindu rasanya dekat Dat 6A. Walaupun aku jenis yang tak sengaja buat lawak antarabangsa, aku senang bila korang bergelak ketawa dengan aku. Mungkin dari situ aku lihat korang senang dengan aku. Thanks weyh sebab jadi kawan sekelas dan tunjuk ajar yang berjus lemon teh. 





Friday 5 February 2016

Tak boleh tidur T_T

Assalamualaikum
hai guys.
Entri malam ini 'Tak boleh tidur' haha
Accually aku pun tak tahu mengapa atau sebab aku tak boleh tidur.
Myby sebab esok nak balik. 
Cuti seminggu weyh sapa tak nak balik 
Hari khamis ini, kelas pun semua cancel, hati riang tak terkata
Hanya satu ayat dari pensyarah malam rabu
Kelas cancel. Kikiki 

dan
salah satu sebab aku buat entri ini
sebab aku terbaca entri yang sayu
hati aku pun jadi sayu. :P

Kawan

http://data.whicdn.com/images/19393215/tumblr_lw8rsmBA1O1r7y4ueo1_500_large.jpg


Hai kawan
aku selalu juga stalker kau
selalu baca entri kau , stalk tweet kau
dan aku tak tahu sebab apa kau bersedih 
Tweet kau hambar dan suram
seperti hati sedang menagis tentang sesuatu

Kawan
 Maafkan aku sebab jarang sekali perduli pasai kau
Jujur, aku nak tegur. teringin sangat
tapi bila setiap kali aku tegur, aku jadi segan
tiba-tiba malu pula macam pokok semalu
Padahal kita satu sekolah dulu, just kos saja yang berbeza

Kawan
Seandainya kau nak luahkan dekat aku, luahkan
aku sedia mendengar
Tapi aku tak tahulah kau sedar atau tak kehadiran aku
mungkin aku ini tidak serapat mana dengan kawan2 kau yang lain
Aku faham, hanya memerhati dari jauh

Kawan
Aku inginkan kau senyum seperti selalu
Ketawa
senyum
Bukan hanya topeng semata-mata
tapi didalam hati dan luaran :)

Aku doakan kau berubah seperti dahulu 
dan sentiasa kuat dan terus kuat
Teruskan berdakwah, 
Usah perdulikan orang sekeliling
Asalkan kita tahu niat kita sebenar
Itu sudah memadai
aku sentiasa sokong kau dari belakang

Itu je pesan aku, dah la aku nak tidur
Dah pagi bebenor ni. Harap sangat esok tak jadi mata panda. kiki
bye ouls, muah ciked :-*