A homepage subtitle here And an awesome description here!

Monday 30 November 2015

Segmen Tonton Guruku Tersayang

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/11/segmen-guruku-tersayang.html
Mari Tonton Video Cover Animasi Guruku Tersayang Khas Buat Guru Anda yang telah Mengajar Anda.Segmen ini Terbuka kepada Semua.Syarat-syaratnya Mudah.

1) Follow Blog Uk,Google +, Blogger Ku dan Facebook Uk.
2) Buat Tajuk Post Segmen Tonton Guruku Tersayang.
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen ini.

Tarikh Tutup Segmen 4-12-2015.Jangan Jadikan Anda Orang yang Ketinggalan Untuk Tidak Menontonnya.


Sunday 8 November 2015

Segmen Bloglist Impiana Cik Yanie

Assalamualaikum...


Ehem ehem. Di sebabkan blog impiana cik yanie takda bloglist. So yanie nak buat 1 segmen mencari bloglist. 20 orang yang bertuah yeeee. Meh meh join.

Tamat : 11 NOV 2015
 

Giveaway Mek Cun

Assalamualaikum...

TAMAT 30/11/2015
Giveaway Mek Cun dilancarkan sempena pembukaan instagram produk kecantikan saya iaitu @mek_cun.Akhirnya dengan kerjasama para blogger saya dapat juga mengadakan giveaway ni.
HADIAH
 RM5 Topup x2 
RM10 topup x 1
1 Header blog & 3 template bloglist
Cash RM30 1 Pemenang
1 Vector potrait /1 illustrasi kartun
1 herbal blend multi-purpose cream dari Shaklee
1 topup RM10

GoodLuck ^_^



Wednesday 4 November 2015


Rindu En. Blogger!

Assalamualaikum

Rindu En. Blogger.....
Apakah perasaan anda sekarang?
Adakah anda tidak merasa rindu pada En. Blogger?
Terasa nak mengupdate setiap hari?


Sudah sekian lama eina tidak mengupdate blog ini. Blog ini pun baru eina buat. Mula menjinak-jinakkan diri , diawal tahun 2015 ... 

Kadang-kadang eina tidak tahu nak update apa. Pikir, pikir dan pikir tapi idea tidak muncul-muncul juga. Selalunya eina buka dekat dashboard untuk melihat post-post rakan blogger yang lain. Agak lucu juga bila gelak ketawa sendirian melihat ayat-ayat yang mencuit hati dari rakan blogger. Adik eina pun agak pelik. Mana tidaknya, tiba-tiba eina gelak di awal jam 2 pagi. Terkejut dia daripada tidur. Terus bangun terpacak dengan mata terkebil-kebil. Mana satu yang tak betul ni. Eina atau adik. Hahahahaha XP

Bestnya blog korang. Terasa tidak jemu membaca. Boleh dikatakan semua rakan-rakan yang eina follow, semua blogger yang best belaka. 

Accually sebenarnya eina baru sahaja tamat paper final dan 7 Nov 2015 ini akan ada paper last untuk MUET. Terasa takut pulak rasa. Bahasa Enggeris ini adalah subjek killer buat eina. Sebab dari kecik lagi eina memang tidak suka dengan subjek ini. Bila tidak suka, hmm faham-faham sahaja lah. Terasa nak teriak. Terpaksa ambik Muet jugak untuk melayakkan diri ke Universiti. Harap sangat eina boleh :(

Kini, adalah cuti semester sehinggalah 28 November 2015. Tiga minggu sahaja cuti, terasa tidak puas. Sebaik-baik sahaja tamat cuti, terus kelas bermula. Nasib baik next sem adalah sem yang terakhir buat eina. Insya Allah. Untuk cuti semester ini, harap eina menggunakan cuti eina ini sebaik-baik mungkin. 

Untuk rakan-rakan blogger, eina minta sangat sokongan dan semangat dari korang untuk eina terus menerus menjadi rakan blogger ini walaupun tidak sehebat korang. Sejujurnya dari kecik lagi, eina berhajat membuat bloger dan baharu tahun ini niat eina tercapai :') Blogger ini juga adalah untuk menjayakan bisnes eina. Insya Allah, tidak lama lagi . Semangat semangat semangat !

Salam Sehati Sejiwa



Keluarga Tercinta

Assalamualaikum
Hai geng , *lambai tangan sikit*

 Payung satu gambar untuk pembuka kata bicara.

Ini adalah family sis. Sis adalah anak ke-5 daripada 9 orang adik beradik. Ramai kan?Tak ramai eh, ada lagi tu yang lebih ramai lagi dari sis. Bila semua balik, pasti bergaduh. Bukan bergaduh bertumbuk-tumbuh. Haip, korang jangan salah sangka. Kami selalunya gaduh-gaduh manja gitu. Cuit bahu kanan, terasa bahu kiri. Main cuit-cuit. Kedip-kedip mata sedikit. Berlajar kungfu fighting. Wachaaa ! Berkejar-kejaran. Bergegar satu rumah sudah menjadi kebiasaan bagi sis. haha Walaupun kami bergaduh sekalipun, kami bergaduh tak lama. Ikatan tali perhubungan yang erat pasti tak akan terputus. Bak kata perpatah "Air dicincang tidak akan terputus, carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga". Cewah, siap bagi pepatah lagi sis :)

 TAMAT SUDAH ZAMAN BUJANG ALONG

Baru-baru ini abang sis yang sulung 'Akmal Aimanuddin' atau sis panggil dia ' Along' baharu sahaja menamatkan zaman bujang dia bersama Kak Nooraini pada 4 Oktober 2015, sebulan yang lalu. Kak Nooraini asal daripada Kelantan. Perak vs Kelantan. Sis seperti biasa menjadi penyambut tetamu yang terhormat.

Tersengih di bibir. 
Nampak seri pengantin disitu
Cahaya kebahagian sudah menjelma.

"BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA A'LAIKA 
WA JAMA' BAINAKUM FI KHAIR"

“Semoga Allah memberkahimu dan memberkahi atasmu serta mengumpulkan 
kamu berdua dalam kebaikan“.

(HR. Shahih Tirmidzi 1/317) 

Buat sayangku along dan kak long. Adik doakan : Semoga Along dan kak long bahagia di dunia dan diakhirat dan dianugerahkan lagi rezeki yang melimpah. Semoga terbentuk keluarga yang sakinah.  Dan tidak lupa juga semoga cepat-cepatlah timang cahaya mata. Insya Allah, Doa sentiasa mengiringinya. Amin* :)

Kepada teman-teman yang hadir . Sis ucapkan terima kasih kerna sudi menghadirkan diri ke majlis yang tidak seberapa ini. Terutamanya kenalan sis yang lama. Teman-teman sepermainan sis di awal kebudak-budakan. :D *Geng Ambush* Khairunnisa, Illma Laili Yasmin, Raihan, family Siti Feirus Munirah, rakan sekerja sis dan tidak lupa juga Ustazah Marina turut menghadirkan diri. Ustazah yang mengajar sis Pendidikan Islam waktu sis form3. Terima Kasih*

Kini, sis sudah ada seorang Abang Ipar dan seorang Kakak Ipar. Tak lama lagi, siapa pulak seterusnya. Jeng jeng jeng

Rebut Wang Tunai RM310 by Syira Lokman

Assalamualaikum

http://syiralokman.blogspot.my/2015/11/rebut-wang-tunai-rm310-by-syira-lokman.html

Jom join Rebut Wang Tunai RM310 by Syira Lokman

InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^
Mula : 3 November 2015 
Tamat : 25 November 2015


GIVEAWAY TIKET PERCUMA PENANG AND KL HOP ON HOP OFF

Assalamualaikum


Tiket ini expired pada 31/6/16
Tiket ini juga boleh digunakan untuk
KL Hop On Hop Off dan Penang Hop On Hop Off

3 Pemenang akan dipilih secara random

Anda hanya perlu buat entry GA ini dan 
letak link dalam kotak komen
Syarat sila follow:
Blog: arwendanish

Tarikh tutup: 4/11/15 11mlm
Selamat Berjaya ^_^

Tuesday 3 November 2015


Segmen Tambah Follower Instagram

Assalamualaikum


Segmen ni bertujuan untuk menambah kenalan blogger dan juga meningkatkan follower instagram. Di samping itu juga traffic blog kita juga akan meningkat. Syarat-syarat yang ditetapkan jugak sangat mudah. Harap segmen simple ni mendapat sambutan kawan-kawan blogger sekalian yaa  :)

Tarikh bermula 30 Okt 2015 - Tarikh tamat belum ditentukan. Akan tamat pada bila-bila masa

GoodLuck ^_^

Instagram : AmaninaKamalツ

Giveaway CINTA by CN

Giveaway CINTA by CN


giveaway, giveaway novel, giveaway cinta

Klik banner untuk join


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah ! Best tak?


Syarat-syaratnya Giveaway CINTA by CN :


1. Follow blog CikguNorazimah,

2. Add To Circle G+CikguNorazimah,


4. Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)

5. Buat entri bertajuk "Giveaway CINTA by CN"

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.

8. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2015.


Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


Kredit untuk Kak Mialiana

YES 2015

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~




Segmen Carik Bloglist Blog Encik Kidal



Hai Guyss..
Well memandangkan banyak segmen-segmen yang diadakan sekarang so zahir pun taknak lepaskan peluang..
Apa salahnya kita nak eratkan hubungan sesama blogger kan so tujuan segmen ni adalah tuk cari Bloglist untuk bulan november untuk di letakkan dalam bloglist Encik Kidal
Syarat-Syarat Mudah

1. Follow Blog Encik Kidal dan Letak nama korang kat SINI
2. Buat entry "Segmen Carik Bloglist Blog Encik Kidal"
3. Letak banner atas tu dan link kan ke entry ini
4. Letakkan link entry korang kat kotak komen tuh
5. Tag la paling kurang pun sorang rakan blogger korang tuk sebarkan tentang segmen ni
Zahir akan carik 5 orang blogger yang bertuah. 
Namun kalau penyertaan kurang dari 10 bermakna semua yang join akan masuk bloglist..menarik tak..zahir tak akan batal kan malah beri yang join tu advantages pulak hehe..takpe yang penting kita kenal-kenal sesama blogger kan..
so sudi-sudi la join.. ^_^





3D GIVEAWAY BY IY&SYARIZWAN

Assalamualaikum


Bismillahirrahmanirrahim. Rasanya dah lama menyepi daripada menganjurkan sebarang segmen dan giveaway. Jadi untuk permulaan November ini dengan berbesar hati tuan blog dan kawan tuan blog nak anjurkan satu giveaway khas untuk kalian semua. Harap dapat sambutan daripada rakan-rakan blog. Syarat cukup simple dan mudah. Takde nak klik-klik dan like bagai.


SYARAT-SYARAT 3D PUZZLE GIVEAWAY

  • Korang mestilah mempunyai blog dan buat satu entry yang bertajuk "3D GIVEAWAY BY IY&SYARIZWAN".
  • Tampal banner kat atas kemas-kemas dalam entry dan link ke url ini.
  • Wajib follow blog Ikhwan Yusuff dan Syarizwan's Blog.
  • Giveaway terbatal jika penyertaan kurang daripada 20 orang.
  • Mempunyai alamat tetap di MALAYSIA sahaja.
  • Giveaway ini bermula pada 2/November/2015 hingga 29/November/2015
  • Last, tinggalkan komen beserta link korang di kotak komen blog ini.

HADIAH UNTUK PEMENANG

Dah nama pun 3D puzzle giveaway jadinya pemenang akan mendapat 3D puzzle. Kadar bilangan hadiah ditentukan mengikut bilang peserta. Setakat ini 5 3D puzzle sebagai hadiah untuk pemenang. Harap GA ini akan mendapat sambutan daripada kalian semua. Pemenang bakal ditentukan:
  • 1 3D puzzle untuk top referral. 
  • 4 3D puzzle menerusi khidmat random.org.
  • Hadiah misteri untuk peserta pertama.

Wednesday 11 February 2015

1 MANUSIA DARIPADA BERUK

Assalamualaikum. Hai awak . Bibir ukirkan senyuman.
Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit cerpen yang akan saya lakarkan sebentar nanti.
Bacalah ye sampai ke garisan penamat. Jangan lupa baca Bismillah dulu :)

PERKONGSIAAN NOVEL TARBIAH DAKWAH yang TERBAIK ! 

___________________________________________________________________________


 MANUSIA DARIPADA BERUK
“Jika manusia daripada beruk, siapa yang cipta beruk?”

            “Kamu fikir, siapa?”

            “Tentu sekali Tuhan.”

            “Jadi?”

            “Teori evolusi menyatakan manusia berasal daripada beruk. Kalau ia benar sekalipun, ia masih tidak dapat menyangkal kewujudan Tuhan. Bukankah beruk juga daripada Tuhan?” Zulkarnain  nampak begitu yakin. Semangat pemuda dalam dirinya menyala-nyala.  

            Dr. Donald tersenyum sinis. Hujung bibir kanannya lebih tinggi daripada sebelah kiri. Jawapan itu sudah cukup untuk menggambarkan sedalam mana ilmu pelajar di hadapannya. Pelajar itu bukanlah lawan yang sepadan untuknya. Pelajar itu tidak tahu apa-apa tentang teori evolusi. Dia hanya tahu teori ini menceritakan manusia dan beruk, tidak lebih daripada itu.

            Pengetahuan seperti itu hanya berlegar di mulut orang-orang kampung yang tidak ada pendidikan. Bagi mereka yang cetek ilmunya, itulah jawapan yang akan keluar dari mulut mereka. Sebut sahaja teori evolusi, mulut mereka hanya menyebut manusia daripada beruk dan beruk jadi manusia.

            “Apa yang awak tahu tentang teori evolusi?” Dr. Donald mendekatkan wajahnya dengan wajah Faiz. Dia menjegilkan sedikit matanya sambil merenung wajah pelajar perubatan tahun satu itu.

            “Teori ini mengatakan bahawa manusia berevolusi daripada beruk,” jawab Zulkarnain. Dia masih cuba bertahan dengan ayat yang sama. Dia mengulangi semula ayat yang disebutnya tadi, “Bukankah beruk juga daripada Tuhan?”

            “Itu sahaja! Lagi, boleh ceritakan sikit tentang teori evolusi?” pinta Dr. Donald.

            “Ia diasaskan oleh Charles Darwin dan … mmm … ,” Zulkarnain mula termenung. Otaknya ligat memerah idea.

            “Lagi!”

“Bagimana beruk boleh berubah menjadi manusia?” soal Dr. Donald lagi.

“Err ... melaui proses evolusi,” Zulkarnain menggaru kepalanya yang tidak gatal. Raut wajahnya yang pada awalnya begitu yakin mula berubah. Dia sememangnya tidak tahu. Dia hanya mengisar jawapan dalam ruang lingkup yang sama. Obor semangatnya yang menyala-nyala dalam dirinya tadi kian pudar. Ia seolah-olah pelita yang kehabisan minyak. Minyak tersebut ialah ilmu. Ilmu di dadanya tidak cukup untuk memastikan obor itu terus menyala.

“Evolusi, beruk dan manusia. Apa lagi yang kamu tahu?” Dr. Donald masih merenung wajah Zulkarnain. Dia mula memberi sedikit tekanan kepada pelajar itu. Dia ingin melihat sejauh manakah pelajar itu mampu bertahan.

“Evolusi ialah … emm,” Zulkarnain menggumam mulutnya. Dia mula mati akal.

“Ya … memanglah proses evolusi. Tapi bagaimana proses awalnya? Bagaimana ia bermula?” Dr. Donald menambahkan lagi sedikit tekanan.

Zulkarnain mula cemas dan gugup. Meskipun tidak tahu, sekurang-kurangnya dia masih boleh berfikir dan memberi sedikit idea. Namun apabila mendapat tekanan sebegitu, ia cukup untuk mematikan sisa-sia ideanya. Dia cuba menjawab, namun lidah mula terasa kelu. Suaranya hanya bergema di halkum, kemudian masuk semula ke kerongkongnya. Dia terlalu memandang rendah akan teori Barat itu.

Dia seharusnya sedar meskipun teori itu agak tidak masuk akal bagi orang yang beragama, ia dihasilkan oleh seorang intelek yang bijaksana. Tidak mungkin seorang intelek menghasilkan satu teori sedalam pengetahuan orang kampung yang tidak berpelajaran. Jika ia hanya sebuah teori yang dangkal, mana mungkin ia mampu memberi pengaruh kepada jutaan manusia di seluruh dunia khususnya golongan yang berpendidikan tinggi.

            “Adakah teori ini menyatakan seekor beruk tiba-tiba … pling!!! Ia berubah menjadi manusia di akhir hayatnya dengan sekelip mata? Atau seekor beruk mengalami satu proses perubahan yang panjang sehingga bertukar menjadi manusia?” Dr. Donald terus mengasak pelajar tahun satu itu.

“Err … teori itu menyebut ia berubah dalam satu tempoh yang panjang. Lama-lama ia menjadi manusia,” Zulkarnain hanya menjawab pilihan yang ada. “Tapi saya tak percaya teori itu.”

“Ok, baiklah. Soalan seterusnya, sebelum beruk, makhluk apa?” soal Dr. Donald lagi.

 Zulkarnain tidak dapat berfikir secara rasional lagi apabila ditekan dengan pelbagai soalan. Sukar untuk dia melontar idea atas sesuatu yang langsung tidak diketahuinya. Jika tersilap memberi jawapan pasti ia akan disusuli dengan soalan yang lebih hebat. Jika langsung tidak menjawab, lagi aib. Dia hanya menggeleng sedikit sebagai isyarat tidak tahu jawapan tersebut.

            “Teori evolusi bukan hanya menyatakan manusia berasal daripada beruk. Ia jauh lebih daripada itu. Charles Darwin dalam bukunya yang bertajuk The Origin of Species yang diterbitkan pada tahun 1859 memberi gambaran bagaimana proses perubahan satu sel menjadi satu makhluk awal yang kemudiannya berevolusi menjadi pelbagai cabang spesis termasuklah dari susur galur beruk dan manusia. Ada banyak proses-proses yang begitu kompleks dan penuh santifik sehingga terbentuknya manusia dan juga makhluk-makhluk lain,” jelas Dr. Donald secara padat dan ringkas. Zulkarnain kelihatan terpegun seketika. Tidak disangka teori ini agak rumit. Tidak hanya berkisar pada beruk dan manusia.  

            “Awak seorang bakal doktor. Awak ada asas kuat tentang ilmu sains dan biologi. Sekarang saya hendak awak fikir dan guna logik akal dengan bimbingan ilmu sains. Mana satukah yang lebih senang diterima akal tentang asal usul manusia, kisah dongeng tentang sepasang manusia diturunkan dari langit kerana sebiji buah, atau satu sel berevolusi menjadi menjadi spesis-spesis tertentu dengan penuh hujah saintifik?” ujar Dr. Donald. Dia mula menyuntik racun fahaman tidak percayakan 'Pencipta' kepada pelajarnya.

            “Kami orang Islam kami percaya manusia berasal daripada Nabi Adam yang diturunkan dari syurga,” Zulkarnain tegas mempertahankan akidahnya. Perbincangan ini bersangkaut paut dengan akidahnya. Tidak ada toleransi dalam soal akidah. Dia tidak akan membiarkan akidahnya dipermain-mainkan sesuka hati.

            “Bukankah itu seakan-akan kisah dongeng. Langsung tiada hujah santifik di sebaliknya. Ia tidak lebih daripada sebuah cerita yang mesti dipercayai kerana malas berfikir dan mengkaji,” balas Dr. Donald.

            Zulkarnain terdiam sejenak. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh mematahkan hujah Dr. Donald. Ilmu di dadanya kurang. Dia sedar dia langsung tidak berupaya untuk berhadapan dengan seseorang yang sarat dengan ilmu, meskipun orang itu di pihak yang salah.

            Dia kemudian memegang bahu pelajar itu seolah-olah ingin memujuknya setelah mengasak bertubi-tubi, “Saya hendak awak fikir betul-betul. Orang yang malas berfikir dan mengkaji akan membuat cerita manusia terbang dari langit lalu beranak pinak di bumi. Namun orang yang cerdik pandai akan cuba mengkaji dengan sedalam-dalamnya bagaimana manusia terbentuk secara saintifik. Awak berada di pihak mana?” Dr. Donald terus menambah dos racun dalam suntikannya.

Setelah diasak dengan beberapa soalan lagi dari Dr. Donald, Zulkarnanin mula meminta diri. Dia meninggalkan bilik pensyarahnya dengan perasaan yang agak kecewa. Kekecewaan itu bukan kerana tidak dapat menjawab soalan, tetapi kerana ilmunya sangat cetek. Bagaimana dia ingin berdepan dengan seorang pensyarah yang pandai berhujah dan pernah menerima pendidikan dari barat? Tidak lain dan tidak bukan dia perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan.

            Pada awalnya dia ke bilik pensyarah untuk menghantar tugasan menggantikan ketua kuliah. Tugasan itu selalunya dilakukan oleh rakannya, Faiz selaku ketua kuliah. Faiz meminta pertolongannya kerana dia ada hal yang mustahak. Faiz telah berpesan kepadanya agar berhati-hati dengan pensyarah anatomi yang baharu. Dia suka memberikan soalan-soalan yang berbentuk provokasi mengenai kewujudan Tuhan. Pensyarah keturunan India kacukan Portugis itu seolah-olah ingin menyebarkan pemikiran beracun agar fikiran manusia bebas dari belenggu agama.

            “Kalau dia tanya apa-apa pasal agama, kau cuma jawab nanti saya fikirkan jawapannya. Saya jawab kemudian,” pesan Faiz sebaik sebelum mereka berpisah tadi.

            “Ah, jangan risau! Senang saja untuk patahkan hujah orang-orang yang tidak percayakan Tuhan. Mereka disebut apa … ateis. Aku akan buatkan dia termenung panjang jika dia berani membuka mulut,” Zulkarnanin menggenggam tangan kanannya, seolah-olah pemain badminton yang berjaya mengutip satu mata penting. Dia nampak begitu yakin.

            “Bagaimana? Kau nak jawab apa nanti?” Faiz ragu-ragu dengan keupayaan Zulkarnain. Dia tidak mahu rakannya memandang rendah ilmu pengetahuan Dr. Donald. Dia juga tahu tabiat Zulkarnain yang suka bercakap besar meskipun kebolehannya hanya sejengkal kail.

            “Kita bagi soalan-soalan berantai, tentu sekali dia akan terlopong. Contohnya, jika manusia daripada beruk, beruk daripada apa? Kalau dia cakap beruk daripada kera, kera daripada apa? Tentu sekali jawapannya daripada Tuhan, bukankah begitu?” Matanya bersinar-sinar dengan keyakinannya. “Lama-kelamaan Tuhan juga jawapannya dan dia mesti percaya pada Tuhan.”

            Namun kini dia sedar betapa pentingnya ilmu pengetahuan. Dia terpukul oleh soalan-soalan yang biasa daripada Dr. Donald. Soalan-soalan itu hanya berstatus tadika bagi pensyarah anatomi itu, namun tinggi melangit bagi orang yang tiada ilmu. Dia yakin rakannya Faiz yang dilantik menjadi ketua kelas pastinya setelah diuji soalan-soalan begitu setiap kali berkunjung ke bilik pejabat pensyarah itu. Mereka yang tidak mempunyai keyakinan agama yang teguh pasti akan terpengaruh dengan virus-virus ateis yang disuntik oleh pensyarah itu.

            Kehadiran pensyarah anatomi yang baru sahaja tiga bulan bertugas mula menjadi buah mulut dalam kalangan pelajar, baik yang beragama Islam mahupun yang tidak beragama Islam. Kuliah-kuliahnya sering berencahkan fahaman yang menafikan kewujudan tuhan. Beberapa orang pelajar yang berkunjung ke bilik pejabatnya mendapat beberapa soalan yang menguji iman dan akal.

            Ada desas-desus yang mengatakan beberapa orang pelajar bukan Islam sudah mula terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dibawanya. Bahkan ada segelintir pensyarah juga turut menerima panah beracun yang sama. Hujah-hujah santifiknya agak mantap. Ia mampu mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh para pensyarah yang lain. Dia seolah-olah sudah dilatih dan dilengkapi dengan ilmu untuk berdebat dengan orang yang beragama bagi menolak kewujudan Tuhan. 

____________________________________________________________________________

APABILA JIWA KOSONG

            Ng Boon Seng melangkah longlai. Hatinya masih berbelah bahagi untuk memilih “hendak” atau “tidak.” Dia telah berfikir semahunya selama beberapa hari. Akhirnya dia nekad untuk memilih “hendak.” Langkahnya begitu bersemangat pada mulanya, namun mula longlai apabila tidak jauh dari destinasinya. Perasaan bersalah dan ragu-ragu mula menyelinap masuk ke dalam hatinya.

Semakin dekat, semakin longlai langkahnya. Apabila bilik Dr. Donald sudah kelihatan, dia berhenti seketika untuk melayan perasaan. Sekali lagi dia membuat pertimbangan.

Nak?

Tak nak?

Setelah berfikir seketika, dia mengetap bibirnya. Ayunan langkahnya dikuatkan ke destinasi. Kini tinggal selangkah sahaja untuk sampai ke tempat yang dituju. Hanya pintu di hadapannya menjadi pemisah. Di balik pintu itu tempat yang akan memberi impak perubahan besar kepadanya. Kali ini dia betul-betul berada di hadapan muka pintu. Perasaan berbelah bahagi itu muncul kembali.

‘Bukankah aku sudah fikir panjang? Bukankah aku telah buat keputusan? Kenapa aku masih ragu-ragu?’ hatinya menyuntik semangat.

Dia melipatkan jari telunjuk kanannya, lalu mengetuk pintu di hadapannya sebanyak tiga kali. Kemudian dia memasang telinga untuk mendengar sebarang respons dari dalam bilik. Tidak kedengaran apa-apa. Sekali lagi dia melipat jari telunjuk dan bersedia untuk mengetuk pintu itu dengan lebih kuat.

“Masuk!” kedengaran suara dari dalam bilik sebelum sempat pintu diketuk.

 “Dr., saya berminat dengan cara Dr. berfikir,” luah si pelajar.

“Saya bangga jika dapat mengajar kamu lebih dalam,” ujar Dr. Donald.

Hari itu menjadi sejarah penting buat pelajar Cina itu. Di situlah menjadi titik perubahan kepada tunjang kepercayaannya. Dia menyerahkan jiwanya untuk diproses oleh pensyarah yang tidak percayakan Tuhan. Keyakinannya mula goyah terhadap agama turun-temurun yang dianuti oleh keluarganya. Dia lebih tertarik kepada “agama sains.” Dia mengira pemahaman itu lebih sesuai pada zaman moden.

Ng Boon Seng keluar dengan jiwa baharu.

“Eh, kau buat apa di sini?” tanya Zulkarnain.

Mereka bertembung di luar bilik Dr. Donald.

“Aku sukakan pemikiran Dr. Donald,” jawab Ng Boon Seng.

“Kau dah tak percayakan Tuhan?” tanya Zulkarnain sambil melangkah menjauhi bilik itu.

“Sains lebih hebat daripada Tuhan,” kata Ng. Boon Seng. Tapaknya mengikut jejak Zulkarnain.

            “Aku rasa, bertahun jiwa kau kosong. Apa-apa sahaja fahaman pasti senang memenuhi jiwa kau tu,” kata Zulkarnain.

“Ya, aku serahkan jiwa yang kosong ni untuk diisi,” akui Ng. Boon Seng.

“Sesenang tu? Jika pak cik mana-mana mengaku sebagai maharaja langit sekalipun, kau mungkin mudah percaya. Kau umpama gelas kosong yang akan menerima apa sahaja yang dituang ke dalamnya, sekalipun raksa yang beracun,” sindir Zulkarnain.

“Hey, aku makhluk yang berfikir!” marah Ng. Boon Seng kemudian memisahkan langkahnya.

“Alamak, makin laju gerakan Dr. Donald ni,” keluh Zulkarnain. Tangan kanannya menampar dinding.

“Bukan dia yang laju, kita yang lembab,” sampuk suatu suara.

“Faiz!”

***

            Ng. Boon Seng mengadap wajah Dr. Donald. Ini pertemuan kedua. Pertemuan pertama minggu lalu telah melenyapkan sebahagian besar kepercayaannya kepada Tuhan. Dia telah mendengar hujah-hujah Dr. Donald yang menafikan kewujudan Tuhan. Pertemuan kali ini melantah luluhkan sisa-sisa kepercayaannya kepada Tuhan. Dia berazam untuk mempelajari sesuatu yang baharu, iaitu untuk memahami konsep ateis, golongan yang menolak kewujudan Tuhan.

            “Saya dilahirkan dalam keluarga Buddha. Namun, saya bukanlah seorang penganut Buddha yang baik. Saya tidak suka buat apa yang saya tidak faham,” cerita Ng. Boon Seng.

“Kamu cuba mendalaminya?” tanya Dr. Donald.

Ng. Boon Seng menggeleng.

“Saya pernah mendengar sesetengah orang menyebut bahawa agama Budha hanyalah agama falsafah untuk membentuk nilai-nilai moral manusia, bukan untuk konsep ketuhanan,” kata Dr. Donald.

“Sebahagian rakan saya telah pun beralih kepada agama lain khususnya Kristian. Ada juga yang bertukar kepada agama Islam, namun tidak ramai. Dua orang kakak saya telah memeluk agama Kristian semasa menuntut di kampus,” dedah Ng. Boon Seng.

“Pilihan kamu lebih bijak daripada mereka semua,” kata Dr. Donald.

            Setelah mendengar beberapa siri kuliah Dr. Donald yang menyelitkan kepercayaan ateis, dia mula tertarik dengan fahaman itu. Dia merasakan kekosongannya terisi. Kegersangan jiwanya diairi oleh arus-arus yang membawa dakyah ateis. Dakyah-dakyah itu menyimbah masuk ke dalam jiwanya untuk menyuburkan benih-benih kebencian kepada Tuhan.

“Fahaman ateis ialah satu fahaman yang tidak percayakan kewujudan Tuhan, dewa-dewi atau sebarang kuasa seumpamanya. Fahaman inilah yang lebih rasional dan logik pada masa sekarang,” ujar Dr. Donald. Ng Boon Seng mengangguk sekali setengah.

“Orang dahulu kala, mereka percayakan Tuhan kerana masa itu ilmu sains belum maju. Mereka tidak ada penjelasan untuk alam ini. Mereka juga tidak ada penjelasan untuk kewujudan manusia serta haiwan-haiwan. Sekarang sains telah menjelaskan segala-galanya. Kepercayaan kepada Tuhan mula boleh ditolak ke tepi. Orang yang berpendidikan lama kelamaan akan membebaskan pemikiran mereka dari belenggu agama,” hujah Dr. Donald.

            “Biasanya manusia akan mengikut agama ibu bapa mereka. Jika dilahirkan di dalam Islam, maka dia akan jadi Islam. Jika ibu bapa Kristian, maka dia juga akan menjadi seorang Kristian. Adalah tidak adil untuk melabelkan seseorang itu berdasarkan agama ibu bapa mereka. Anak itu suci, tidak patut pemikiran mereka dikotori dengan fahaman-fahaman agama yang tidak berasas,” ujar Dr. Donald.

Ng Boon Seng khusyuk. Mendengar dan mencatat.

            “Kami tidak mempercayai Tuhan kerana tidak ada satu teori pun yang dapat membuktikan kewujudan Tuhan. Untuk membuktikan kewujudan sesuatu mestilah ada kajian dan hipotesis. Kajian itu dilakukan untuk membuktikan hipotesis tersebut. Jadi, untuk membuktikan Tuhan itu ada, kajian apa yang boleh kita lakukan?” Dr. Donald terus memberi pengisian jiwa kepada pelajarnya.

            “Boleh saya tahu bagaimana doktor menjadi seorang ateis?” soal Ng Boon Seng setelah kira-kira setengah jam dia menyerahkan telinga untuk disumbat oleh apa saja hujah Dr. Donald.

            “Oh. Satu soalan yang baik. Kedua ibu bapa saya adalah Kristian, dan saya juga Kristian pada peringkat awal.” Dr. Donald menjeling bingkai wajah ibu bapanya di atas meja.

“Apabila usia saya meningkat, saya mula menggunakan akal untuk menilai agama yang saya anuti,” kata Dr. Donald lagi.

“Banyak kepincangan dan ketaksuban?” sampuk Ng. Boon Seng.

“Ya. Saya tidak suka percaya secara membuta tuli. Dengan akal dan ilmu sains yang saya pelajari, akhirnya saya merumuskan bahawa Tuhan itu tidak wujud. Kejadian alam dan semua spesis boleh dijelaskan mengikut teori sains tanpa memerlukan teori ketuhanan,” jawab Dr. Donald.

            “Terima kasih atas tunjuk ajar yang doktor berikan. Saya ada kuliah fisiologi selepas ini. Saya akan datang lagi untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada tuan,” ujar Ng Boon Seng.

            Mereka bersalaman.

“Oh, saya ada sesuatu untuk awak,” ujar Dr. Donald sambil membongkokkan badannya dan membuka laci mejanya. Selepas mencari sesuatu di dalam laci pertama, dia membelek-belek fail dan kertas yang bertimbun di sudut kanan mejanya.

            “Tadi baru ada di sini … ,” Dr. Donald mengeluh kecil sambil tangannya bagai lipas kudung membelek satu persatu fail yang bertimbun.

            “Doktor cari apa? Susahkan doktor pula. Nanti saya datang ambil bila ada kelapangan,” lirik mata Ng Boon Seng mengintai jam tangan yang dipakai. Dia mengagak kuliahnya akan bermula sekejap lagi.

            “Sekejap … sekejap … ,” Dr. Donald membuka semula laci mejanya. Tangannya sekali lagi membelek-belek helian kertas dan fail, namun kali ini dengan lebih teliti.

            “Oh … dekat sini rupanya,” Dr. Donald mengambil sebuah buku yang terselit di celahan timbunan kertas di dalam laci mejanya.

“Buku ini saya ingin pinjamkan kamu untuk kamu baca,” ujar Dr. Donald sambil menghulurkan sebuah buku berwarna hitam dan di tengahnya terdapat gambar seperti matahari dengan cahaya merah pekat.

Ng Boon Seng menyambut buku tersebut dan membaca tajuknya.     

            'THE GOD DELUSION, Richard Dawkins.'

            “Saya perolehi buku ini daripada England. Harap kamu jaga dengan baik kerana saya ada satu naskah sahaja. Saya sekarang dalam proses untuk menterjemahkan buku ini ke dalam bahasa Malaysia. Buku ini sangat bagus untuk membina asas yang kuat bagi membebaskan fikiran kamu,” ujar Dr. Donald.

            “Terima kasih doktor. Saya akan baca dan kaji buku ini dengan bersungguh-sungguh,” ucap Ng Boon Seng dengan nada teruja. Matanya bersinar-sinar kegembiraan.

            Dr. Donald tersenyum bangga. Dia sudah mula nampak sinar kejayaan dalam membina empayar fahaman tersebut. Setakat ini dia berjaya menarik hampir 10 orang untuk mengikut kepercayaannya.

            “Usaha dan terus berusaha,” azamnya.

Dia tahu sudah ada sebilangan rakyat di negara ini memiliki kefahaman tersebut. Namun ia masih baharu dan tersembunyi. Jumlahnya masih kecil, sebab itulah mereka tidak mendedahkan identiti mereka secara terbuka.

            Kebanyakan mereka ialah golongan profesional yang pernah mendapat pendidikan daripada Barat. Terdapat juga golongan yang masih tercari-cari fahaman sebenar akibat tidak yakin dengan agama yang mereka anuti. Golongan ini lebih ramai jumlahnya. Mereka ini mempunyai potensi yang besar dalam usahanya untuk membina empayar fahaman tersebut.

Dr. Donald berazam untuk meneruskan perjuangannya dan menjadikan fahaman tersebut sebagai satu perkara biasa yang boleh diterima di negara ini. Tidak ada cara lain melainkan dengan membina empayarnya sendiri. Apabila jumlah mereka sudah ramai, tentu sekali mereka ada kuasa untuk bersuara. Dia yakin pada zaman moden ini, manusia semakin berpendidikan tinggi. Mereka yang tidak berlatar belakang bidang bukan sains juga senang untuk memahami sains dengan perkembangan ilmu sekarang.

bersambung _