ܓ*..بسم الله الرحمن الرحيم..*ܓ
-------------------> Assalamualaikum <------------------
-------------------> Assalamualaikum <------------------
Kali nie saya nak bercerita tentang tudung labuh nie haa.
'Tudung Labuh' tidak TERTUMPU kepada aliran agama sahaja.. Sesiapa boleh memakainya kan. (=
►“Awak ambik kos pendidikan Islam kan...??”
“Tak…”
►“Habis tu??? Aaaa...mesti ambil kos bahasa arab kan…”
“Tak juga, saya program sains lah…”
►“Saya ingatkan ustazah tadi…”
Hmm... Soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mere yang bertudung labuh. Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama....
Haishh... Saya pakai bertudung labuh sebab saya seorang muslimah!!!
iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh.. Tapi tak salahkan saya memakai tudung labuh..
Sebagai firmanNya :
Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi..
►"Dahtu kenapa bertudung labuh?"
Awak…
Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan
hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri.
Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…
►“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”
Boleh
dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita
bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma
segelintir yang tak tahu malu…
Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan
yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok
konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak
jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…
Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…
[“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”]
Tengok,
yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki
kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan
lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki
tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya.
Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama
mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh
membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.
►“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”
“Kenapa saya..?”
►“Sebab saya tengok awak alim je”
“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"
Awak
lelaki..kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama
jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah.
Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…
Iya
walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit.
Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehlah kita
share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih
berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu
mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana
ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti
terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan
tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma
saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba
sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.
Dan
tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin
masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik,
sama-sama kita doakan..insyaALLAH.
Sekian (^_^)
*sumber : http://muslimahberduri.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment