A homepage subtitle here And an awesome description here!

Friday 9 May 2014

GengsTer FeiRaNa

ܓ*..بسم الله الرحمن الرحيم..*ܓ

Assalamualaikum w.b.t

Disini saya ingin membuka kata-kata bicara terime kasih kerna sudi menjenggakkan mata ke blok ini lagi. Kalau tidak suka, mohon pergi. Syuh syuh syuh. Hehe Bukan ingin menghalau tapi sudah orang tak suka, tak kan nak paksa. YedOk ? tapi aku tahu aku hanya cakap sorang-sorang sahaja sebab bukan ada orang sebenarnye nak menyinggah blog saya ini. Sudahlah baru buat dan ramai yang tak tahu kewujudan blog ini . Sudahlah jugak tulis merapu sahaja *sampai hati kutuk blog aku, tengok menitis air mata aku* see terkeluar sudah, kepoyosan ituh >_<
Takpe blogkan ada, kamu tetap sahabat saya sampai bile-bile. Kan blog *sep tangan sikit, give me five ! OuhYeahh*

Blog ini hanya suka suki ingin tulis apa, akan ku tulis dan akan panjang lebaq lagi bila saya bertambah rajin. Cakap pasal result akan keluar tidak lama lagi . Kelip kelap, kelip kelam . Haa Tudia muncul sahaja di depan mata. Takperlu nak panggil, sumea sudah ditetapkan. Ingat, masa itu emas . Kadang-kadang kita merasakan masa itu cepat sangat berlalu dan sometimes kita merasakan masa itu lambat pulak berlalu *rasa berjanggut sahaja menunggunya* Apa-apa pun kena bersyukur walau apa pun keadaan

Eh, cakap pasal bersyukur teringat balik voice suare budak kecil dalam 'Whatsapp' itu. Seriusly, lawak dengan sumea contoh-contoh dia kasi itu. Awalnya abang aku sent dekat aku. Entahlah dia ambik dekat mana dan dari situlah misiku bermula. Sorang-sorang aku sent terutama group PPN *itu memang sudah kewajiban* berkongsi apa sahaja. 

Budak itu kecek kelate. Sapa dok reti atau dok pahe apa yang dio dok kecek tuh . Meh royak kat kawe, kawe bule translate kan. *sengih sekupang* 

Jadi kito mestilah bersyukurlah dalam apa pon keadaan *smile*

Eh kejap bukan ke kita nak bercerita pasai gengster FeiRaNa ke. Bakponyo sudah melancong ke tempat lainnyO. *ketawa gegar rumah*

Okeh FeiRaNa

Gengster ini dulu kala 
Selalu sahaja ajak bertumbuk
Bukan bertumbuk gocoh tuh tapi bertumbuk berkasih sayang *Buwekk, rasa nak termuntah*

FeiraNa nama yang diberi oleh tiga orang sahabat
iaitu Fei untuk Feirus , Ra untuk myRa dan Na untuk eiNa 

Tadaa , ini ha tiga sahabat
Sudah nampakkan kecomelannya disitu . Ahak

Dulu mereka menetap di SMVKuala Kansar 
makan sama-sama
belajar sama-sama
Tido pun sama-sama
Apa-apa pun semua samalah
Sampai katil pun nak roboh sahaja gayanya :B

Waktu SPM datang menjenggah
Yang lain study untuk paper
Fei dengan Na pulak tengah study novel
Baik punya budak
*jangan ikut watak ini*
Student SPM lain study for exam
Kiteorang study novel
Katanya
'nanti akan ku persembahkan karangan novel ini dalam paper itu nanti'
Biasalah itu, waktu itu ketensionan telah menjelma
dan apabila sudah ada line novel not booking
ambikjelah bacaq
Selagi tidak habis, selagi itulah akan baca dan baca
Hasutan syaitan menjelma . Syuh syuh jauhi daripada hasutan jahat itu
auzubillah himansyaitannnirrajimm

Syukur Alhamdulilah
Walaupun result SPM kiteorang tak mantap macam demo dan demo
Bersukurlah apa yang sudah dapat ini
dan untuk masa sekarang
tempat yang sekarang menuntut
Tebus balik yang lalu
Ambil yang jernih buang yang keruh
Moga urusan dipermudahkan oleh ALLAH *aminn*


Nah lirik dari Gue


Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
 
KAULAH SAHABATKU :)

Terharu tak, jangan lah terharu . Segan i tau
Lirik ituh hanya ciplak semata-mata :3
 hahaha
permulaan mengenali watak
 
Jeng jeng jeng *yang Pertama*


Siti Feirus Munirah binti Muhmad Haridin
Birthday : 2 Disember 1995 *Rabiul Awal*
Kos : Peruncitan

Dia ni perangai dia *pelik*
kalau dia tak suka, itu dia memang tak suka
kalau dia nak cakap dia akan cakap ! 
dan dari situlah kita kenal kejujuran dia
dan dari situ jugak lah kita tahu kesalahan kita
tpi kenalah tengok keadaan jugak naaa :)
For my sayangku 
Kamu tetap sahabat aku sampai bile-2
walaupun kita sudah berlainan kos sekarang na
Jemput datang ke bilik gue ~singgah-singgah sahajaa *amat dialu-alukan* 
atau pun terserempak ke . Cium sayang lah cikit. *EEUU* :-* haha

Dulu
Kite naik bas balik same-2 dari SMVKK lagi sampai sekarang

Banyak sangat kenangan manis yang kita cipta kan.

Kite keja sama-sama

Pernah jadi cashier, 

hari ini aku, esok dia pulak. Gilir-2 kan

Pastu bila dah shoct, mulalah taknak jadi cashier dah

Tapi kena jugak kan. Kan kite dah janji gilir-2 :p

Sekejap je masa berlalu,

Dia pernah cakap dekat aku, dimana ada aku, disitu pasti ada dia

dan sampai sekarang kiteorang still bersama kan*so sweet* hehek

Pernah bergaduh dengan dia. Bergaduh tu lumrah laa tapi itu semua poyo sahaja

Bila dia dah majuk, sorang pun merajuk. Dah tu sumenya takde sape yang pujuk. haha.

Esok baik semulaaa. :-*

Munirah, Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku. Sudi berada dimana sahaja aku berada . Sudi dengar celoteh eina . Sudi dengar cerita itu ini dan macam-macam lagilah. Terima kasih sahabat. Aku jugak nak mintak maaf kat hang kalau aku ada buat salah silap. Mesti ada kan. Tipulah kalau tak ada ! Aku buat macam tuh jugak sebab aku sayangkan hang . :) Maaf kawan atas segala-galanya
 
dan ditepi dia tuh
Nurul Amira Liyana binti Mohd Jaafar
17 Februari 1995 *Rabiul Akhir*
Kos : Pemasaran
Dia ni seorang periang jugak
dan mulut dia niyh memang tak reti nak duk diam
Sometime terasa jugak nak ikat mulut dia tu
Guna getah ka, kasi muncung. *hahaha, gelak jahat*
Dia ni
Kalau dia suka kat seseorang
memang still suka sahaja sampai bila-bila
dan Alhamdulilah mereka still contct tapi jarang sangatlah -_-
Apa-apa pon aku harap sangat si dia tidak kecewakan kawan baik aku niyh
Kalau tahu, siap lah . Kapak kepale niy *serius*

MieRa , terima kasih sebab selalu sahaja sudi luahkan segala-galanya dekat aku. Walaupun hang kadang-kadang takde masa untuk aku tapi hang mesti curi sedikit masa untuk aku :) Mungkin kadang-kadang perangai aku ni agak menyakitkan hati mu tapi hang tetap bersabar dengan aku. Terima kasih kawan. Aku jugak ingin memohon kemaafan seandainya aku ada buat salah silap . Mesti adakan ! Tipulah kalau takde, kitekan sudah bersahabat selama 4 tahun kawan ^_^ Eina minta maaf oke dan kalau eina ada buat salah silap lagi MOHON SANGAT TEGUR oke. Eina jugak manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan. Pasai dia itu InsyaAllah eina akan perbaiki dan tidak akan selalu sangat luahkan masa dengan dia. Kitakan tengah ada study. So, kenalah buat ayah mak kita bangga . Yedok ? Aku pun ada jugak masalah dan kadang-kadang aku rasa GIVEUP tapi terima kasih kawan. Hang taklari dari sentiasa bagi sokongan dekat aku. Hang jangan risau oke. Aku akan cuba yang terbaik. Aku tahu hang tegur aku sebab hang sayangkan aku kan . *kenyek mate* Maaf sekali lagi kawan ! 

Walaupun kita berlainan kos tapi tempat belajaq kita tetap sama kan. So, tiada istilah jika berkataan *TIDAK AKAN BERTEMU itu* Mesti akan bertemu jugak walau di bwah tanah sekalipun. Cehh .
Terima kasih sebab sudi dengar mulut niy dok pot pet pot pet . Sudi dengar luahan hatiku. Sudi dengar segala permasalahanku dan terima kasih segala-galanya sahabat . Bilaa sahaja kita bertemu, mulut mesti tidak reti dok diam. Mesti kena gerak jugak. Kalau tak , mesti dia akan kena penyek buat sambal belacan. Hahaha, Hokni merapu sahaja :P
Geng gengsterku

Ingat, jangan pernah lupakan aku tau
Aku ? hang tanya aku. mestilah aku takkan lupa
korang kan sahabat gengsterku. :B
Feirus, Myra
apa-apa pun just contact me oke
Aku tak lari lagi niyh. Hehe

Aku mintak maaf segala silap yang pernah aku buat dekat korang

Maafkan aku sahabat :')
Hope your all happy with your life
No crying crying ,
if what,  your just face to face with me
and we can cry together
Hahaha speaking plak aku, entah betul ke tak ! :P
Jujur *jujurlah sayanggg* . Ehh nyanyi pulak aku. haha
Korang korang korang
Aku bersyukur sangat dapat sahabat seperti korang dan aku harap persahabatan kita ini akan kekal sampai bila-bila. *pelukk* InsyaAllah. Aku sayang sahabat-sahabat aku ini



Distinasi kita sekarang menuju kejayaan di dunia dan di akhirat
Bila ku jatuh, kau sambutku macam baby
dilambung-lambung aku di angkasa
dipukul-pukul dengan teguran yang manis
dan dihentak-hentak ku dengan kata-kata semangat

TERIMA KASIH SAHABAT !
________________________________________


 Buat seniman bujang lapuk
Berakhir sudah Seniman Agung ini


1972 - P.Ramlee
2013 - S.Samsudin
2014 - Aziz Sattar 


Al-Fatihah !!!



Wednesday 7 May 2014

PPN tetap diHATI

ܓ*..بسم الله الرحمن الرحيم..*ܓ

Assalamualaikum

Suatu kenangan telah tercipta antara dia dan aku. Walaupun sudah sekian lame tidak ketemuk , sudah berhabuk-habuk oleh sang debu tapi  kerinduan masih terpahit di dalam hati.
RINDU RINDU RINDU. 
Makmal PPN dan kelas bajet menjadi tempat bersejarah dan saksi antara persahabatan kiteorang. Gelak ketawa mengikut irama. Cewah,

Terfikir jugak saat ini, apa yang dibuat mereka disana. Mesti tengah memerah otak raging belajar untuk final exam. Aku pulak dok mencoret muka buku ku ini. Nasib baik la tidak terkoyak, hanya maen tekan-tekan keyboard sahaja. haha Baik punya budak

Cuti sem dua bulan ini membuat aku kebosanan dan then blog inilah aku selalu bukak. Bukak tutup bukak tutup . Serius ! Memang rajin tahap double tapi disebabkan peragai aku niy terlebih rajin "kejap rajin, kejap malas nak menaip. Cenggini lah jadinya . *Ikut mood aku jugak lah klau nak menaip* 

dan cuti ini membuat aku kerinduaian lagi pada PPN *Serius, tak tipu*

Niyh aku ingin tayang sikit tentang PPN 
^_______^  


Kata-kata bicara buat sahabat SMVKK

Sudah terkutik lama tidak ketemuk
Bilanya mau kite kitemuk lagi niyh
Selalu ku dengar mau buat Renioun
tapi tak kebuat-buat jugak
dan berharap kalau nak buat tuh,
buat di tempat yang dekat dan berharap aku dapat pergi
Satu sengihan buat demo *comelkan*

Rindu dan rindu tahap gaban *seriusly, tak tipu*
Selalu ku mengusha vedio-vedio lama kite
Walaupun aku ini agak pendiam
Aku pun ade perasaan jugak !

Tersenyum gembira bila melihat
Demo demo demo
Tertawa riang selalu
 Sangat manis comel molek

Kan ku kutip kutip
persahabatan antara kita . 
Kan ku kacau korang dan korang
walau korang sesebuk mana pun
Tubik gigi taring *ketawa terbahak-bahak ~jahat tak aku*
Aku akan kacau kamu jugak
Kerna ku takut persahabatan kita terputus begitu sahaja.

Aku pun tak tahu apa yang aku dok merepek niyh.
Maaf !!! *tunduk kepala*

Tengok ni aku kumpul gambar antara kita dan kita
Say haii ^o<


Form four sayangg * ^_____^







Lawatan ganu dan kelate *memang terbaik*


Dan yang ini PPN naik Johan 
Maulidul Rasul yang ke 1433 H
Alhamdulilah
Berkat usaha student PPN 2011/2012 dan cikgu-cikgu HOT gitu :B

Perjumpaan sewaktu bersama junior 2013













Rindu dengan cikgu BM
Puan Fairuz
Bahasa Melayu
Keseluruhan BM A SPM' :)





Dan yang ini
Cikgu yang paling HOT PPN
Cikgu Fauzi, Cikgu Rafaie, Cikgu Azmi dan Cikgu Azwa
Ketiga-tiga cikgu ini ajar Akaun dan
Cikgu Azmi ajar Aplikasi Komputer :)
Terima kasih cikgu atas tunjuk ajar yang diberikan
Segala ilmu mu ku turun hingga ke sekarang *InsyaALLAH*
Maaf atas kesilapan kebudak-budakan kami dulu itu
Kanak-kanak rebina memang macam tuh. Heh 
Mohon maaf cikgu-cikgu
dan maaf cikgu curi gambar cikgu due keping. hehe
Senyum comel *tubek taring*
 




PPN always in my heart

kata-kata daripada cikgu :


Terima kasih cikgu atas curahan kasih sayang diberikan
'TuaNyayuk nak mampus' gelaran yang selalu diterima
Tetap terpahat dalam hati ini
Setiap kali lupa, mesti kami akan dipanggil sebegitu
tapi sekarang tidak ada lagi
Kami rinduu !

Maaf cikgu segala kesilapan kami yang lalu
Kami tahu cikgu
MARAH TANDANYA SAYANG kan. 
*piecss yoo*


dan gambar yang atas tuh
Cikgu tiba-tiba muncul di PSAS
tempat ke-empat2 students niyh belajar sekarang
Waktu ni ada konvenkensyen senior
dan cikgu Rafaie menjadi jemputan khas pada waktu itu
Kan dulu cikgu pun menuntut di situ suatu ketika dulu
dan dipanggil untuk kasitau sepatah dua kata tentang kerjaya
Cikgu dulu memang seorang yang nakai
Ingat lagi kata-kata cikgu dulu *hehe*

Terima kasih cikgu sudi luahkan masa bersama kiteorang ketika itu

Credit by Eina
Photos picture by ex-student PPN' 2012/2013
Sekolah Menengah Vokasional Kuala Kangsar

Monday 5 May 2014

Teluk Intan ♥♥♥

ܓ*..بسم الله الرحمن الرحيم..*ܓ


Assalamualaikum
Ahakk ! Tangan tiba-tiba rajin untuk menaip. Disebabkan ituh, Aku nak bercerita serba sedikit pasal semalam dan semalam. *sengih :B*

Jumaat
Cadangnya ingat bertolak esok pagi. Rupa-rupanya bertolak hari niy jugak. Aku dengan kelam kabutnya tahu pukul 12 tengahari tuh, bersiap sedialah untuk packing sume barang. Kemas-kemas dan kemas. Guna satu beg lagi baguss dan ternampaklah beg besaq yang tersadai di tepi tangga. Kasi tahu dekat adik
"adikk, kite pakai beg niy. Kongsi 4orang sekali dengan ibu
Muat ke kak
Muat kot. hehe 'tersengeh bagaikan kerang busuk ja maunyaa.
Masuk-masuk dan masuk. Muatlah untuk aku dan adik-adik aku sahaja. Barang-barang mak mau sumbat tang mananya.
Mak masuk dalam beg ayah jalah. Kan besaq jugak beg ayah tuh
Mak nak masuk. Muat ke mak nak masuk dalam tuh.
Hasyh mak nikan. Bukan mak lah masuk dalm tuh. Barang mak lah masuk dalam tuh. Kalau mak masuh. Kemek luet la jawabnya beg tuh. Taulah beg besaq.
Apalah pasal beg pun nak citeq. Hahaha :p

6petang tuh kereta baru gerak
Hantar Opah dulu dekat kg sauk, kuala kangsar :3
Lepas maghrib tuh , kiteorang bertolak balik
dari kuala kangsar ke teluk intan


Makan dulu ;)

Sampai sahaja di teluk intan, Homestay pulak tidak dapt dikesan. Pusing-pusing dan terus pusing. Macam nak pusing satu Malaysia gayanya. Tapi memang pusing, naik pusing kepalaku ini. Tidak jumpa jugak ! Seterusnya call lah repOrter homestay . Rupa-rupanya dekat sahaja , ayah silap belok ke kanan pulak. Sepatutnya straight sahaja.

12a.m Hah terserlahlah tempat penginapan selama tiga hari dua malam *Homestay*
Cantik jugak rumah ini, perabot sume sudah ada.
Ayah dengan reporter tengah sembang2 dekat ruang tamu
Aku pulak tengah bergelewang sekitar sumah itu. Tak tahu malu betul aku niyh. Yelah daripada tercongok sahaja. Baik tengok apa yang patut. Kan kan kan
ada dapur, bilik ada tiga. ruang tamu dan meja untuk makan

Ini bilik ibu ayah 
Tak aci ada aircond !!!
Dekat bilik kiteorang aircond ada memey ada
Tapi rosak T_T
Haiyaa, aircond pun nak kecoh
Lalalala

Ini bilik kiteorang
aku, si kenek dan si bab.
Pandai betol aku kasi nama. Hahaha
aku, nis dan iya *smile*
Katil tidak cantum. Buat rumah sendiri, Cantumkan kasi double 2. Kiki
Baru muat tiga orang :3

1a.m Barulah kiteorang tidoq ^_____^

Sabtu
Bangun subuh dan bersiap untuk operasi
Operasi apa kalau bukan operasi mengusya orang. hehe
8pagi gerak dan singgah kedai minum pagi

Kereta bergerak ke tempat operasi itu.
masuklah ke Kolej Vokasional Semaian , Teluk Intan
kereta parking di tepi dan di situ jugak lah aku nampak cikgu Fauzi dengan anak-anak buahnya.
Pakai baju warna hijau . Aku nampak cikgu, entah cikgu nampak aku ke tak. Aku duduk dalam kereta sahaja waktu tu :)
Nak tegur rasa segan, Maunye budak-budak raqbi ada ja kat situ
Nasib baik aku tak kenai. :3
Maaf cikgu, Bagi senyuman pun dah cukuplah. hehe
Barulah aku tahu ayah aku nak tengok game KAT antara voka dengan semetrik ayah aku
perlawanan raqby dan sofbal




raqby cenggini rupenye. Baru ku tahu. Kui3
Perangg !!!!

pukul 1 petang barulah gerak balik homestay :D
game belum habis lagi, tapi penat koott. hehe

Singgah kedai makan nasi ayam dengan aiq laici

pukul 4petang
Ayah ajak pergi tengok game balik
Aik, ingat sudah habis ade lagi rupenyaa
dan Alang call nak join sekali . Pukul 7 macam tu bas dari KL baru sampai. Ayah kate bule sahaja ambik terus alang
Tapi aku tak ikut. Ayah dengan si kenek je yang pergi operasi tuh balik. heh
Segan eh aku nak mengusha orang main. Kalau aku maen takpelah jugak ^,<

Petang tuh, tak tahu nak buat ape. Tengok cite tengok cite dan aku pun tertido hehe
Waktu tuh hujan turun. Alhamdulilah*

Malam tuh pukul 8. Ayah ajak pergi keluar jalan-jalan
Berhentilah berdekatan menara condong tuh. Cantik sangat dengan berkelipan lambu sana sini
Alhamdulilah kuasa Allah ^___^
Tunggu alang potong rambut. Ditepi kedai tuh ada anjing dengan penjaga dia. Rasanya dia nak tido kat situ kot. huhu . NAik seram aku tengok.  
Sementara nak tunggu alang, aku dan adik ikutlah ayah pergi jalan-jalan dulu. Di tepi menara condong tu ada pasar malam. JAlan-jalan cuci mata, belek sana belek sini tapi tak beli apa-apa pon. Sekadar tengok menengok sahaja. Memang macam tu lah style kiteorang. Hahaha
Lepastuh kiteorang pun berpatahlah balik jumpa alang. Tidak siap lagi rupanya T_T
Aik tadi ada anjing seekoq sahaja niy tiba-tiba ada due ekoq pulak. besaq pulak tuhh doq terbaring sahaja nasiblah mate die tidak meliar. Kalau tak larian pecutlah aku ambik. :3
Tidak larat sangat nak tunggu aku pun tunggulah dalam kereta sambil sembang dengan ayah dan ibu
Pot pet dan pot pet termasuklah mr india zulu alpha tuh. Kenapalah kena kaitkan nama dia. dan jawapan aku mesti "Taknak kawan laaa" hahaha itu sahaja langkah yang terbaik. Kui3
pukul 9lebih macam tuh barulah siap.

Lepas tuh Kiteorang pergilah mall Giant teluk intan pulak
Di pintu masuk ternampaklah troli
'Mak, nak ambik ke troli. Nak beli apa-apa ke'
Takde rasenye. Ayah nak tengok sahaja kot
masuklah ke pusat mall
Kebanyakkan banyak sudah tutup. Awalnya kedai tutup baru sahaja pukul 10
Erhh, mall tutup pukul 11 . *patootlah* huhu
Pusing dan pusing
ayah dan ibu nak beli something
Aku dan si kenek kenalah pergi patah balik ambik troli tuh
Argh tidak, kaki keberatan ingin melangkah tapi melangkah jugak.
Si kenek niyh lah siap tarik tangan aku lagi. Gaya macam nak rempuh orang sahaja. Layan jelah.Orang tengok buat dono sahaja *muka tembok*
Sampai sahaja di tempat troli itu, adalah seorang pelikk. LAin macam gayanya siap hisap rokok lagi
'Ai cik adiq, baru nak beli barang ke. Kedai nak tutup niyh'
Kang kasi penampaq jugakk. buat tidak layan. tarik sahaja troli. erh nape takbuleh je niyh
Macam kena sekat. Takpe takpe. satu troli lagi ada. Oke settle

Adik aku cite semasa aku nak ambik troli lagi satu
Dia pi pandang laki tuh. Tuh laa sapa suruh pandang-pandang. Lepastuh lakituh duk jegilkan mate kat diey dan cakap 'Apa tengok-tengok'
Astagfirullahhalazim mohon dijauhkan mala petaka. nasib baik kat situ cahaya terang benderang tapi jalan lenggang sahaja. Yelah mall nak tutup dah kan.

Pukul 11 macam tuh barulah kaki melangkah keluar
PenatTTttt balik-balikk nak tidoqqq
Perut pulak berkeroncong menyanyi mengikut irama yang sama tandanya mintak diisi
Nasib baik sudah masak sume petang tadi
Bolehlah melantak Haisyh bace bismillah dulu
Makann ^____^

Pukul 1 macam tuh baru nak tido
tapi Entah mengapa mate tidak bule nak pejam
Mungkin teringatkan si Dia *jujur*

Ahad
mase untuk balikkk sementara itu kena hantar alang
Alang naik bas pukul 7malam. Bulelah jalan-jalan mane patut. hehe
9pagi Ayah dengan alang baru sahaja balik dari kedai
Makan sedaplah hari ini. Yeahhh
Ayah beli Ketam , sotong besaq , dengan siput sedut
Haiyaa, siput sedut aku tidak pernah makan dan tidak akan makan. Geli !!
tapi nampak memang menyelerakan. Sedut dan sedut macam tuh lah gayanya
Alang jahat. Dia ambik seketul siput tuh kasi aku makan *TAKNAK*
tapi aku belek-belek jugak siput tuh. rasa ingin test jugak. Nampak sedaplahh
'Siput, ini kali pertama aku makan kau. Nak rasa sedap ke tak kau niyh. Tengok macam sedap sahaja. KAu jadi sedap jelah oke. Bismillahhirrahmanirrahimm'
'Inaa cuba mu bayangkan tadi siput tuh duk jadi spyderman tadi'
Tengokk alang jahat terus aku tak jadi nak makan dan tak kan makan kamu walaupun nanti aku akan jadi ore kelate . Dah la ore kelate banyak ade siput sedut tuh. T_T hhuhu takmauu

12 checkin homestay
Bas alang dri teluk intan ke KL kn pukul 7 malam.
Sementara tuh jalan-jalan cari makan lagii.Bulelah ronda-ronda. hehe
dan tempat pertama kiteorang pi di laut entah apa namaa. Berdekatan dengan sekolah SEMESTI
Pelikkn name sekolah tuh. Alang cakap short name for Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) Yelah koot. :B




 Lepastu kiteorang pergi ke Menara Condong pulak




inilah Alang
Syarifuddin bin Kamal
Kalau mintak apa-apa, sume dia bagi. 
Alhamdulilah rezeki ^___^
Tq alang

Lepas dari itu kiteorang pun makan
dan hantar alang ke stesan bas teluk intan pukul 7 malam
Lepas sahaja bas alang gerak, baharulah kiteorang pun gerak pulang
Teluk intan ------> Gerik
sampai rumah dalam pukul 11 macam tuh
Penat tapi menyeronokkan
Alhamdulilah wasyukurilah :)






Thursday 1 May 2014

Kebangkitan Anak Muda


ܓ*..بسم الله الرحمن الرحيم..*ܓ

MASIH ADAKAH ANAK-ANAK MUDA SEPERTI MEREKA INI LAGI..JIKA ADA..ALHAMDULILLAH....

MUJAHID & MUJAHIDAH yang patut dicontohi.

Masing-masing telah pergi menghadap Ilahi dalam usia 20 tahun pada tahun 2013. Luangkan sedikit masa untuk menghayati kisah mereka berdua. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama. 


Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam ♥

Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid yang tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya 2 Nov 2013 di Istanbul, Turki.

Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.

Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria.

Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.

Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu.

Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?

Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.

Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.

Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.

Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masya Allah Tabarakallah!

"Kematian Ahmad Ammar telah menyentuh satu bahagian dalam diri saya yang tak mampu disentuh oleh tasawwuf mahupun rasional. Bukan hati dan bukan akal. Tetapi sesuatu. Saya yang fakir perkataan, menamakannya sebagai 'ammar'." - Ust Hasrizal



Siti Hajar Binti Ahmad Sabir ♥

Mujahidah yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir . Allahyarhamah adalah seorang pelajar UTEM dan telah pulang ke rahmatullah pada 20 Januari 2013 dalam usia 20 tahun setelah bertaruh nyawa selama 2 minggu di hospital akibat kemalangan bersama 3 orang sahabatnya . Di bawah ini kronologi hari-hari terakhirnya yang ditulis sendiri oleh ibunya iaitu Puan Nuraini Che Mat .

6 Jan 2013 (Ahad)

Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)

Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)

Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)

Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)

Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)

Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.

Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)

Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.

Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013 (Ahad)

Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14 Jan 2013 (Isnin)

Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)

Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.

Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013 (Rabu)

Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.

Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013 (Khamis)

Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)

Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.

Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)

Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)

Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang, ( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.


*Kisah pemuda-pemudi pada jalan Illahi, sedang kita sedang melalui jalan yang bagaimana. Allah.
Al-Fatihah ! 

C/P by Eina (✿◕‿◕)