Thursday 12 May 2016

Bosan

Assalamuaikum. Hai guys. Sihat ? 



Alhamdulilah sejak aku menerima gelaran bekas student , aku banyak menghabiskan masa di rumah. Oh tidak, pipi aku semakin bulat serupa bola sepak. Mana tak nya, dekat rumahlah yang banyak makan. Macam-macam boleh makan kan. Takde paksaan dan suka suki je boleh makan. 

Dulu time jadi student memang taklah nak makan macam ini. Save money ! Beli ayam yang dalam paket . Boleh dapat 15 ketul ayam rasanya ke lebih. Aku tak tengok pula berapa ketul. Goreng dan makan je bila time lapar. Jenama 'Ayam Emas' selalu aku beli sebab murah dan pedas. Actually aku keturunan yang suka makan pedas. Tak dinafikan -,- 


 Biarlah aku meremput sahaja di rumah, menanam pucuk-pucuk anggur untuk di makan. Hihi Biarpun macam tu, aku dapat jugak membantu ibu memasak tengahari dan kemas rumah. Sekarang ni kan nak dekat raya. Ibu meringkup jelah dalam bilik siapkan baju raya. Beruntung aku dapat ibu yang pandai menjahit takdelah nak tempah baju diluar sana. Mesti mahal kan. huhu Bilalah aku nak jadi macam ibu yang pandai menjahit. Teringin jugak weyh T_T Tapi aku tak tahu mengapa, jarum mesti tak suka dengan aku. Tiap kali aku nak mulakan langkah, jahitan itu mesti bertindak kejam dengan aku. Mencucuk jari aku yang manis ini. Kau pikir tak sakit -,-



#Sudah sebulan aku bergelaran ex-student. Rindu rasanya dekat Dat 6A. Walaupun aku jenis yang tak sengaja buat lawak antarabangsa, aku senang bila korang bergelak ketawa dengan aku. Mungkin dari situ aku lihat korang senang dengan aku. Thanks weyh sebab jadi kawan sekelas dan tunjuk ajar yang berjus lemon teh. 





0 comments: