Wednesday 22 February 2017

Resepi Sup Ayam Simple dgn Ayam Kentucy

Assalamualaikum

Yuhuu, Tengahari ini ceq masak resepi yang simple sahaja, tapi sedap. Selalunya ceq masuk jelah apa yang ada di dapur. Kali ini ceq masak 'Sup Ayam' simple sahaja


Image result for sup ayam campak


Bahan-bahan dan terus cara-caranya ialah. Jeng jeng jeng

1) Ayam (ini wajib ada, nama pun sup ayam. Kalau takde ayam, macam mana nak jadi sup ayam)

2) 1 / 2 biji Bawang besar merah (dihiris halus)

3) 3 ulas Bawang putih (dihiris halus)

4) Awas dia  - bunga lawang
                       - bunga cengkih
                       - lada hitam
                       - kulit kayu manis
    Awas dia ni perlukan sedikit sahaja, tidak perlu banyak. Risau pahit pula nanti

5) Ubi kentang (Yang ini ayah saya suka kentang, Kalau saya msak yang berkuah-kuah ini. saya memang akan letak kentang. hehe)

6) Kiub ikan bilis atau apa-apa sahaja kiub. Kalau letak ini memang sentiasa meletop. Saya masak memang sentiasa letak kiub ini bagi  ada rasa bilis-bilis sikit . Kalau tak letak pun takape :)

7) Sup bunjut ( Kalau nak sedap,letak jelah. Kalau nak biasa-biasa sahaja, tak letak pun takpe. Ade awas-awas dia pun dah cukup untuk sup ayam)

8) Letak sahaja kesemua bahan ke dalam periuk. Letak air dalam 4 atau 5 cawan. Air ini perlu  tengok jugak bajet ayam. Kalau ayam separuh periuk, air kena letak banyak dari ayam. Ini bagi rasa ayam tu tak hilang. Risau jugak letak air banyak-banyak, rasa ayam hilang kan. Nanti tak sedap  pulak :'(

9) Masak sahaja sampai mendidih dan naik bau

Ayam Kentucy


Image result for ayam kentucky sup


Resepi ayam kentucy saya ni pelik sikit tapi nasib baiklah sedap.

Simple sahaja, goreng pun sekejap sebab saya ambil ayam dari sup ayam yang saya buat tadi.

Lepas sahaja sup ayam mendidih. Saya angkat ayam dia sahaja ye. Saya celup ayam dalam tepung kentucy.

Terus goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan.

Balik-balik ayam bagi sampai kuning keemasan. Lepas itu angkat dan siap dihidangkan. Yummy !!

Itu sahajalah yang dapat share hasil dari resepi campak-campak saya. Jika ada tokoh tambah, dipersilakan dan amat dialu-alukan. Mungkin saya boleh lagi cube buat resepi campak-campak yang terbaru. hehe

Note : Awas itu saya tak tahu nak panggil apa. Awas ke awah . Entah lah , saya sellu gune perkataan itu di dapur bila masak dengan emak. Mungkin bahasa orang kelantan kot. Bila bercakap dengan mak, kadang-kadang tubik (keluar) jugaklah bahasa orang kelantan dia. hehe Awas dia ni macam rempah-rempah atau bahan-bahan kecil yang perlu ada. Mungkin macam itu kot. Nak terangkan pun, saya tak reti.. Harap faham :P


0 comments: