Saturday 17 January 2015

Blogger Baru

Bismillahhirrahmanirrahim Assalamualaikum

Alhamdulilah. Hye, Hari ini seronok sangat sebab saya ada blogger baru. Edit dari saya sendiri tau. Tak sangka pulak. hihi Sebenarnya memang dari awal saya tidak puas hati dengan blogger yang lalu.
Seriusly tak suka yang tulisan kecik sangat. Comel memanglah comel tapi agak tak nampak bagi orang yang rabun macam saya ini. Pening kepala !

Dari awalnya saya mula berjinakkan diri dengan Blogskin.
Belik sana, belik sini sebab nak cari templete yang memuaskan hati.
Sudah banyak testing 'main blogger' yang saya ambil. Penuh skrin dashboard lp ni.
Tapi tetap sama tulisan dia. Masya Allah kecik bebenor.
Bagi yang guna templete blogskin. Saya mohon maaflah ye. Saya memang tak suka.
Dulu suka tapi cari templete yang besar penuh skin ke. Memang agak susah. Tak suka dengan tulisan yang agak kecil.

Dan blogskin jugalah saya cari post 3 pages
Tapi tetap juga tak reti nak buat, nak edit dia
Terasa nak menangis pun ada. Tapi sabar jelah.
Tanya kawan. Tanya adik kesayangan. Blog dia memang gempak ! Dulu mickey mouse, Sekarang Strawberi. hihi Memang peminat pinkey lah dia nih :) Cantik !

"Adiq, macam mana sampai boleh tayang 3 pages dalam blog adiq tu"
"Akak guna blogskin ke atau templete biasa"
"Akak guna blogskin"
"Maaflah, adik tak tahu guna blogskin, itu adik edit guna templete biasa"

Haa, sejak itulah. Blogger aku ni revert ke template biasa dan macam inilah hasilnya
Jeng jeng jengg
Walaupun begini hasilnya, tetap tidak puas hati. Akan datang nak edit lagi kasi hati ini rasa puas.
Itu room chating tidak edit lagi
Itu follower tidak letak lagi
Itu edit mana patut lagi tidak lagi
Akan datang ye. Itu pun kalau rajin tangan ini . hihi

Bila blogger memuaskan hati, senanglah hati nak buat post .
Kalau boleh nak post setiap hari.
Idea membuak-buak ingin diluahkan
Banyak sangat nak cerita, dari A sampailah Z
Seronok sangatkan bila kita luahkan dalam blogger
Sometime bila luahkan, hati pula rasa tenang.
Masa lapang pun terisi dengan penulisan.
tidak adalah asyik nak berwasap dan twitter sahaja selalu.
Sudah post, bila tengok balik mesti rasa nak tergelak..
Kenangan memang susah nak dilupakan. Tambah-tambah lagi bila kita simpan kenangan itu dalam hati dan penulisan ^_^




1 comments:

Papaglamz said...

Tula.. Kne pandai tukar2. Blogging asal kita puas.. Sebab kita seronok. Slagi x puas hati, mcam2 kte nak tikar itu la tmbh ini kn. Xpe.. Just go on.. Jom la join GA Papaglamz..
RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ